Seri Lawan Singapura, Tanda Aksi Papua New Guinea Menentang Malaysia Tak Ditangguhkan?

Papua New Guinea

Desas-desus mengenai perlawanan persahabatan antarabangsan melibatkan Papua New Guinea menentang Malaysia yang dijangka akan ditangguhkan atau dibatalkan kini sudah boleh dilupakan.

Hal ini kerana, mereka sudah pun dianggap selamat menentang satu daripada negara yang bakal ditemui mereka ketika rehat antarabangsa ini iaitu Singapura.

Sebagai konteks, sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan perlawanan antara Papua New Guinea dengan Malaysia berpotensi akan ditangguhkan atau dibatalkan akibat masalah yang dialami mereka.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Menurut FA Singapura, skuad kebangsaan Papua New Guinea memberitahu yang mereka tidak dapat menghadiri perlawanan menentang negara tersebut seperti yang dijadualkan.

Hal ini kerana, pihak penerbangan yang membawa skuad itu iaitu Air Niugini yang penerbangan mereka dibatalkan.

Oleh kerana itu, perlawanan yang dijadualkan pada 15 Jun 2023 (Khamis) dianjakkan tarikhnya pada 16 Jun 2023 (Jumaat).

Dengan anjakkan tarikh tersebut, kedua-dua pasukan telah selamat menjalankan perlawanan semalam dengan Singapura tidak berjaya menewaskan Papua New Guinea.

Singapura hanya mampu sekadar seri 2-2 dan ini boleh memberikan gambaran yang Papua New Guinea adalah sebuah pasukan yang tidak boleh dipandang enteng oleh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ini juga memberikan petanda yang aksi pada 20 Jun ini akan diadakan seperti yang dijadualkan dengan tiada sebarang penangguhan atau pembatalan akan dilakukan.

Ini juga akan dilihat sebagai satu ujian yang berkualiti untuk Malaysia selepas berjaya menewaskan Kepulauan Solomon dengan jaringan 4-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN