Liga Super: Pertahanan Terengganu Yakin Untuk Sekat Penguasaan JDT

Pertahanan import Terengganu iaitu Argzim Redzovic meluahkan rasa yakin tentang pasukannya mungkin dapat menyekat kemaraan lawan, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi malam ini dalam saingan Liga Super.

Terengganu bakal melayan kunjungan JDT untuk aksi pusingan kedua Lig Super 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dalam usaha untuk terus mengekalkan momentum kemenangan.

Apa tidaknya, Sang Penyu sebelum itu cemerlang mengetepikan Perak dalam aksi Liga Super menerusi kemenangan 3-0 yang berlangsung di gelanggang lawan.

Tampil dengan beberapa rombakan, Terengganu sebenarnya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sebelum ianya lebih stabil.

Argzim merupakan salah satu pemain import yang dikekalkan dan beliau sudah tentu akan dipilih untuk beraksi pada saingan malam ini bagi mengukuhkan posisi pertahanan Terengganu.

Menurut Argzim, beliau dan rakan sepasukan lain kini bersedia untuk mengawal pemain serangan JDT daripada bermaharajalela sepanjang perlawanan berlangsung serta mendapatkan gol di kubu keramat Terengganu.

Kata Argzim, menerusi pengalaman yang dimiliki beliau di Malaysia selama enam tahun mengajar dirinya untuk mengetahui selok belok aksi pasukan lawan bakal ditentang dalam setiap perlawanan.

Walaupun begitu, Argzim tetap sedar tugas berat bakal menanti beliau untuk aksi malam ini setelah reputasi yang dimiliki JDT bukan calang-calang sepanjang musim 2023 dalam akso Liga Super.

Untuk aksi malam ini, Argzim dilaporkan mungkin akan bergandingan bersama pertahanan kental tempatan iaitu Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni dalam kesebelasan utama.

Ini kerana pertahanan import utama Terengganu iaitu Sardor Kulmatov dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lutut yang menyaksikan beliau bakal terlepas untuk aksi menentang JDT.

“Kami sudah bersedia untuk berdepan tentangan sengit daripada pasukan JDT walaupun sedar atas kertas sudah pasti skuad Harimau Selatan itu lebih kuat terutama berjaya menyapu bersih dengan mengekalkan rekod tanpa tewas setakat ini.

“Tapi kami akan cuba yang terbaik dengan strategi yang bakal diterapkan oleh barisan kejurulatihan, saya rasa kami mampu untuk menyekat penguasaan lawan, lagipun saya sudah berada dalam Liga M hampir enam tahun selain pernah beraksi menentang skuad itu sejak tiga tahun lalu,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Sebelum itu, Terengganu tewas pada aksi sulung mereka ketika bertemu JDT yang juga merupakan perlawanan Piala Sumbangsih sebelum itu menerusi keputusan 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN