Irfan Bakti Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Irfan Bakti

Pengendali Kuching City, Irfan Bakti mengalami situasi sukar buat dirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Irfan berdepan dengan situasi sukar itu selepas dilaporkan yang pengendali pasukan Borneo itu sedang berada dalam perjalanan pulang daripada masjid.

Menurut pihak Kuching, Irfan kini sudah menjalani pembedahan terhadap kecederaan yang dialami olehnya dan sedang berehat sebelum kembali sembuh.

“Untuk makluman Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

“Beliau telah selamat menjalani pembedahan hari ini dan berada dalam keadaan baik,” kata Kuching dalam kenyataan mereka.

Oleh itu, Irfan dijangka tidak akan menyertai skuad Kuching berdepan dengan Negeri Sembilan ada 4 Jun ini serta Kelantan pada 8 Jun dengan kedua-dua aksi akan diadakan di Stadium Negeri.

Terengganu turut ucap selamat

Bekas kelab Irfan, Terengganu juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat kepada Irfan diatas insiden kemalangan tersebut.

Menerusi laman Facebook mereka, Terengganu turut mengucapkan selamat berehat dan cepat sembuh kepada Irfan yang pernah membimbing mereka menjuarai Piala FA 2011.

“Untuk makluman bekas pengendali Terengganu FC yang kini merupakan Ketua Jurulatih bagi pasukan Kuching City, Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

“Beliau telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan baik,” tulis Terengganu.

Selain Terengganu, Irfan juga pernah melatih beberapa pasukan lain seperti Selangor dan FELDA United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN