Papua New Guinea Bakal Ganti Yaman Lawan Malaysia

Yaman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan yang mereka telah mencari pengganti baharu untuk lawan bagi aksi persahabatan Jun ini selepas isu yang berlaku.

Sebelum ini, Yaman telah menarik diri daripada menentang Harimau Malaya di Terengganu pada Jun ini atas alasan terdapat isu mengenai skuad B-23 mereka yang beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Asia Barat di Iraq.

Selepas surat rasmi diutuskan kepada FAM mengenai pembatalan ini, badan induk bola sepak Malaysia tiada pilihan selain mencari pengganti dengan pantas untuk menggantikan Yaman.

Yaman Sahkan Tak Akan Beraksi Lawan Malaysia

Oleh itu, mereka memilih untuk bertarung dengan Papua New Guinea sebagai ganti kepada Yaman.

Menurut FAM, keputusan mengadakan perlawanan dengan Papua ini adalah kerana kesuntukan masa mencari pihak lawan serta pilihan yang terhad.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menentang Yemen yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun 2023 terpaksa dibatalkan.

“Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini,” kata FAM dalam kenyataan rasmi mereka.

Papua yang berada di ranking ke-159 dunia menggantikan Yaman yang cuma dua anak tangga di hadapan mereka.

Mereka akan melengkapkan aksi berkembar (double-header) Harimau Malaya di Terengganu dengan satu lagi perlawanan adalah menentang pasukan ke-134 dunia iaitu Kepulauan Solomon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN