Elak Masalah Seperti Malaysia, Ketum PSSI Gesa Percepat Proses VAR Di Indonesia

Saingan Liga Indonesia tampaknya bakal menjadi lebih baik pada masa hadapan dengan beberap perubahan lebih maju mula dibuat daripada pelbagai aspek termasuk kualiti pengadil.

Isu pengadil antara yang hangat diperkatakan musim lalu dalam saingan Liga Indonesia dengan beberapa keputusan meragukan dibuat menjadikan ramai di antara mereka digantung tugas.

Disebabkan itu, beberapa perubahan baharu dirancang oleh pihak pengelola liga iaitu PT Liga Indonesia Baru (LIB) termasuk menaik taraf mutu pengadilan pada masa akan datang.

Terbaharu, dijangka Indonesia bakal menjadi negara Asia Tenggara seterusnya yang menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) dan sudah pun digesa mempercepatkan proses tersebut.

Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir tampil menyuarakan pendapat supaya sistem VAR dapat digunakan secepat mungkin untuk Liga 1 Indonesia.

Perkara ini diluahkan sendiri oleh Erick ketika berada dalam Kongres Biasa PSSI di Jakarta serta disambut baik oleh Pengarah Utama PT LIB iaitu Ferry Paulus.

Jelas Ferry, ketika ini mereka sedang berusaha untuk mempercepatkan proses kemasukan sistem VAR ke Indonesia supaya dapat digunakan dengan lebih cepat buat semua pasukan bertanding.

“VAR ini ada lima tahap, pertama sekali perlu mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dan kini mereka sedang menilai segalanya sebelum memberi kelulusan.

“Menerusi pengalaman daripada ejen di Singapura, selalunya berjalan lancar. Cuma tinggal persiapan lebih rumit sahaja seperti latihan atau kursus kepada jurulatih.

“Harapan saya agar ianya dapat berjalan dengan lancar serta tidak rumit seperti dihadapi oleh Malaysia,” jelas Ferry menerusi CNN Indonesia.

Tambah Ferry, masalah dihadapi Malaysia menerusi pandangan beliau untuk memasang VAR adalah tenaga daripada jurulatih itu sendiri sehingga memerlukan kepakaran luar untuk menguji sistem tersebut dalam perlawanan.

Pada masa sama, Anggota Komite Eksekutif (EXCO) PSSI iaitu Arya Sinulingga menyatakan masalah dihadapi sebelum pemasangan VAR kini terarah kepada fasiliti-fasiliti stadium yang ada di Indonesia masih belum lengkap.

Apapun, ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan jika Indonesia berjaya memasang sistem VAR dan itu bakal menjadi pengalaman baharu buat semua pasukan bertanding.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN