OK, ini bukanlah judul lagu ‘boyband’ New Kids On The Block! Tetapi ini adalah artikel yang mungkin membantu anda dalam memahami bagaimana ‘summer time’ mempengaruhi jadual perlawanan Eropah.
Pernahkah anda merancang untuk menonton Premier League pada jam 8 malam kerana anda terbiasa dengan perbezaan waktu sebelum ini, tetapi perlawanan telah pun bermula sejam lebih awal!
Sebelum ini, kami kerap ditanya tentang masa perlawanan EPL pada Oktober kerap berlangsung pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia? Sebenarnya, bukan sahaja Oktober malah sejak awal musim (Ogos) lagi ia sudah berlaku.
Ia akan menjadi awal sekali lagi pada April atau akhir Mac.
Pasti anda rasa sakit hati, lebih-lebih lagi ada gol pada separuh masa pertama. Lalu anda tertanya-tanya kenapa sepak mula awal (early kick off) bermula 7 malam dan bukannya 8 malam?
Sebenarnya di Eropah, ada negara mengamalkan konsep ‘Summer Time’ dalam penjadualan perlawanan bola sepak.
Bila Summer Time Berlaku?
Proses ‘Summer Time’ ini berlaku setiap tahun. Pada Ahad terakhir Mac, jam di beberapa negara Eropah akan dianjak sejam lebih cepat termasuk Britain.
Beberapa negara di Eropah termasuk England tidak berada pada GMT (Greenwich Mean Time) sepanjang tahun. Pada satu ketika mereka berada dalam Daylight Saving Time (DST).
Pada ketika ini, di Britain, mereka akan menggunakan waktu BST (British Summer Time). Di bawah ini adalah gambar Pusat Pemerhatian Greenwich Diraja di Kota London.
Ini pula Alan Middleton, penjaga jam (clockman) dari Horological Institute. Manusia yang kerap diusik sebagai, pengundur dan pencepat masa. Mesti anda teringat lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa!
Ia memang mempengaruhi banyak perkara termasuk perancangan harian dan juga temu janji. Namun pada hari ini jam digital terutama yang ada pada telefon pintar ada perlarasan automatik.
Contohnya, ketika ‘summer time’ Britain pada jam 12 malam akan dipercepatkan kepada 1 pagi. Oleh itu, jika perlawanan Premier League pada jam 12 tengah hari di sana, di Malaysia siaran langsung perlawanan akan bermula 7 malam.
Namun begitu pada Ahad terakhir Oktober, jam di negara telibat akan diundurkan sejam ke belakang. Contohnya: Britain pada jam 2 pagi, akan diundurkan sejam menjadi 1 pagi.
Kebanyakan negara Eropah menyeragamkan waktu pertukaran jam ini pada tarikh sama pada setiap tahun. Ini bagi mengelakkan kekeliruan yang nyata.
Berikut jadual mudah untuk memahami konsep European Summer Time (ST) yang mungkin boleh membantu anda selepas ini, terutama pada musim hadapan.
[table]
Zon & Negara,Summer Time (Akhir Mac-Akhir Okt),Waktu Biasa (Awal Nov-Awal Mac),
West European Summer Time (Britain/Ireland/Portugal),8 jam,7 jam,
Central European Summer Time (Jerman/Perancis/Itali/Belgium/Belanda/Sepanyol),7 jam,6 jam,
East European Summer Time (Turki/Ukraine/Greece),6 jam,5 jam,
[/table]
Kesimpulannya, anda kena berhati-hati dengan perubahan waktu sebegini. Ini penting bagi mengelakkan anda rasa kecewa!
Baca juga : Bola Sepak Bulgaria, Walaupun ‘Kecil’ Tapi Penuh Sejarah Dan Kebanggaan