6 Pengadil VAR Dipecat Ekoran Isu Vinicius Menjadi Mangsa Hinaan Berunsur Perkauman

Persatuan Bola Sepak Sepanyol dan Jawatankuasa Teknikal Pengadil dilaporkan sudah memecat enam pengadil VAR ekoran dari insiden yang memperlihatkan bagaimana Vinicius Jr menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman.

Nama Vinicius menjadi topik perbualan peminat di seluruh dunia selepas tamat aksi kekalahan 1-0 Real Madrid bertemu Valencia kemarin.

Pemain sayap dari Brazil itu bertekak dengan sekumpulan penyokong Valencia dek kerana beliau teruk menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman sepanjang perlawanan tersebut.

Bukan hanya sekumpulan kecil penyokong itu sahaja, bahkan hampir separuh stadium sebenarnya telah terlibat dengan insiden tidak bertamadun itu.

Pemain berusia 22 tahun itu turut dilayangkan kad merah selepas beliau didakwa bersikap kasar terhadap Hugo Duro dan insiden itu menyebabkan beliau semakin teruk menjadi mangsa buli para peminat.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Vinicius tampil menghentam La Liga kerana tidak begitu tegas dalam menentang isu berkait perkauman.

Namun kini, sepertinya La Liga sudah mula mengambil peduli tentang hal tersebut selepas mereka memecat enam pengadil VAR termasuk, Iglesias Villanueva yang bertanggungjawab mengendalikan VAR ketika perlawanan tersebut berlangsung.

Ketika menjelaskan tentang keputusan memecat pengadil VAR, laporan tersebut mendedahkan yang para pengadil VAR adalah punca sebenar mengapa Vinicius dilayangkan kad merah.

Pengadil VAR hanya menekankan tentang kekasaran yang dilakukan oleh Vinicius sahaja dan mereka tidak memberikan gambar keseluruhan isu kepada pengadil untuk dinilai.

“Mereka tak boleh bagi alasan kukuh kenapa mereka hanya hantar kepada pengadil gambar insiden melibatkan pemain Brazil itu siku muka Hugo Duro dan tidak menghantar gambar keseluruhan isu.”

Real Madrid sementara itu turut mengeluarkan kenyataan berkait insiden tersebut dengan mereka menyatakan bahawa:

“Real Madrid sekeras-kerasnya menghentam hal yang berlaku semalam terhadap salah seorang pemain kami, Vinicius Junior.”

“Insiden begini adalah serangan secara terus terhadap sosial dan model demokratik yang diwujudkan di negara ini secara perundangan.”

“Real Madrid percaya serangan seperti itu turut mengaitkan dengan jenayah kebencian, maka tindakan akan diambil dengan memfailkan dakwaan kepada pejabat pendakwaraya untuk menentang jenayah kebencian dan diskriminasi untuk membenarkannya disisasat secara menyeluruh.”

“Artikel 123 dalam perlembagaan Sepanyol berkata secara jelas peranan pejabat pendakwaraya untuk mempromosi keadilan secara perundangan demi keadilan rakyat dan kepentingan umum.”

“Mengambil kira betapa parahya insiden ini, Real Madrid akan merayu kepada pihak pejabat pendakwaraya untuk melakukan prosiding tanpa prejudis.”

Pengurus Los Blancos, Carlo Ancelotti turut tampil menyindir La Liga dengan menyatakan:

“Saya tenang, tapi apa yang berlaku hari ini tak sepatutnya berlaku.”

Jelas Ancelotti selepas tamat perlawanan tersebut.

“Untuk seluruh stadium menjerit memanggil pemain ‘monyet’ dan sebagai seorang jurulatih saya perlu fikir untuk keluarkan dia atas hal tersebut, memang ada masalah dengan liga ini.”

“Ia sepatutnya dihentikan dan saya akan katakan hal yang sama andai kamu menang 3-0.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN