Juventus Dipotong 10 Mata, Terus ‘Terduduk’ Ke Tangga Ketujuh Serie A

Juventus

Impian Juventus untuk beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) musim hadapan kini kembali samar selepas kelab itu sekali lagi dikenakan hukuman pemotongan mata.

Selepas sebelum ini dikenakan pemotongan 15 mata, Juventus kembali gagah apabila hukuman itu ditarik balik dan ia membawa kelab itu ke kelompok UCL.

Namun dengan hukuman terkini menyaksikan 10 mata ditolak terhadap mereka sekali gus mengeluarkan Juventus daripada kelompok empat pasukan terbaik Itali.

Menurut ESPN, hukuman ini dikenakan kepada Juventus selepas kelab itu memalsukan urusan perakaunan ketika menjalankan urusniaga perpindahan pemain.

Penolakan 10 mata ini telah menolak Juventus jatuh tergolek ke tangga ketujuh Serie A menjadikan mata mereka kini menjadi 59.

Kejatuhan Juventus ini telah menyebabkan AC Milan yang sebelum ini terkeluar daripada zon UCL semasa kelab Turin itu mendapat semula 15 mata, kembali masuk ke kedudukan empat terbaik menjelang baki dua perlawanan.

Dengan jurang lima mata antara mereka, Juventus bagaimana pun perlu mengharapkan pasukan-pasukan lain seperti AS Roma dan Atalanta yang berada di depan mereka untuk keciciran mata dalam baki aksi Serie A.

Juventus juga mempunyai peluang untuk kembali merapatkan jurang dengan Milan kerana kedua-dua pasukan ini akan bertemu sesama sendiri selepas ini.

Situasi ini pastinya ibarat keadilan sudah kembali buat Milan yang terpaksa turun ke bawah sewaktu Juventus mendapat semula 15 mata mereka.

Namun, Juventus pastinya tidak mahu mengalah dengan kelab itu akan melakukan rayuan ke mahkamah untuk membolehkan hukuman tersebut ditarik balik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN