“Mereka Takkan Terlepas” – Presiden El Savador Berjanji Akan Cari Dalang Punca Kematian 12 Orang Di Stadium Cuscatlan

Stadium El Savador

Setakat ini 12 orang penyokong disahkan meninggal dunia dan lebih 500 orang tercedera di El Savador akibat rempuhan ketika menonton perlawanan di Stadium Cuscatlan yang terletak di ibu kota San Salvador.

Aksi timbal balik suku akhir playoff yang mempertemukan Alianza FC dan Club Deportivo Fas itu terpaksa dihentikan hanya selepas 16 minit berlangsung.

“Persekutuan Bola Sepak El Salvador amat berdukacita dengan kejadian yang berlaku di Stadium Cuscatlan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak negara tersebut.

“Kami menyatakan solidariti terhadap keluarga dan saudara-mara mereka yang terkesan dan terkorban dalam kejadian ini.”

Persatuan tersebut juga menambah pihaknya akan memohon agar siasatan segera dikeluarkan untuk mengenalpasti punca kejadian dan secara serta merta menggantung semua pertandingan selain mengadakan mesyuarat tergempar bersama pihak berkuasa keselamatan.

Stadium Custatlan merupakan salah satu stadium terbesar di Amerika tengah yang boleh memuatkan 44,000 orang penyokong.

Rakaman video menunjukkan berlaku kesesakan di luar pagar masuk stadium dan pihak berkuasa mengesyaki terdapat isu penjualan tiket palsu.

Presiden El Savador, Nayib Bukele berkata pihak polis dan pejabat peguam negara sedang menyegerakan siasatan untuk mengenal pasti punca tragedi berkenaan berlaku.

“Semua orang akan terlibat dalam siasatan ini: pasukan, pengurus, stadium, liga, persatuan dan lain-lain. Siapa pun yang bersalah, mereka tidak akan terlepas dari hukuman.”

Pihak berkuasa juga menambah lebih 500 orang telah diberikan rawatan di stadium berkenaan dengan 100 orang yang mengalami kecederaan serius dan kritikal telah dihantar ke hospital berdekatan.

Menteri kesihatan, Francisco Alabi dalam kenyataannya memaklumkan mangsa yang tercedera kini dan keadaan stabil dan belum ada sebarang berita kematian dari pihak hospital.

Beberapa kelab bola sepak telah pun menzahirkan ucapan takziah mereka terhadap keluarga mangsa menerusi akaun media sosial masing-masing.

Tahun lalu, 135 orang penyokong mati terhimpit di Stadium Kanjuruhan, Malang selepas pihak berkuasa keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN