Kualiti Penyudah Kpah Sherman Mampu Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang

Kpah Sherman pada musim ini meneruskan rentak konsisten beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), dengan mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan baharunya, Sri Pahang.

Selepas beberapa musim berada di Malaysia, kualiti penyudah yang dimiliki oleh Sherman jelas tidak boleh diragui walaupun kerap bertukar pasukan dan rakan pemain.

Bersama Sri Pahang, pemain ini berjaya membantu pasukan tersebut daripada segi kualiti penyudah serta kerap membantu pemain serangan lain dalam menjana setiap gerakan-gerakan berbahaya.

Kelibat beliau untuk aksi seterusnya ini berdepan Penang pastinya akan memberi rasa gerun buat pertahanan pelawat dalam usaha untuk mengekang setiap asakan cuba dibuat oleh penyerang kebangsaan Liberia itu.

Tatkala rakan sepasukan beliau iaitu Lucas da Silva masih belum mencapai tahap sebenar selepas mengalami kecederaan, hadirnya Sherman di posisi hadapan untuk terus memberi impak berkualiti buat Sri Pahang.

Sehingga 10 perlawanan ini, Sherman telah pun meledak lima gol serta mencipta dua bantuan jaringan secara keseluruhan, selain bermula sebagai kesebelasan utama dalam semua aksi.

Daripada kadar rembatan dibuat, Sherman telah pun melepaskan tujuh percubaan tepat dengan peratus ketepatan sebanyak 46.7% menerusi statistik dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Memiliki kekuatan fizikal serta ketinggian yang cukup baik, Sherman merupakan seorang pemain yang bijak meletakkan diri di posisi terbaik untuk menerima umpanan selain tidak bermasalah untuk mencipta kombinasi permainan bersama rakan sepasukan lain.

Untuk aksi berdepan Penang malam ini, pastinya pertahanan pelawat menyedari statistik yang dimiliki oleh Sherman berada dalam keadaan cukup baik sebagai salah satu penyerang import musim 2023.

Menentang lawan yang masih belum merekodkan sebarang kekalahan musim ini dalam aksi Liga Super bukannya sesuatu yang perlu diambil ringan oleh mana-mana pasukan.

Pastimya Penang menyedari hakikat tersebut, dan beberapa percaturan sudah tentu dibuat oleh barisan kejurulatihan kelab berkenaan untuk cuba mencipta peluang menewaskan Tok Gajah.

Apapun, beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Darul Makmur bukannya suatu yang mudah untuk dihadapi selepas dijangka ramai para penyokong Tok Gajah akan tiba untuk memberi sorakan penuh buat pasukan mereka.

Penang juga pastinya ingin meneruskan momentum mereka untuk mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super dan terus memberi persaingan sengit musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN