Walaupun Cuma Bersama 5 Bulan Tapi Matheus Gonzalez Beri Impak Maksima Untuk Pahang Rangers

Matheus Gonzalez

Masanya bersama-sama Pahang Rangers mungkin seketika tetapi impak yang ditinggalkan oleh Matheus Gonzalez cukup besar.

Peranannya sebagai salah seorang daripada dua pemain import Pahang Rangers dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 cukup hebat.

Setiap kali turun beraksi, Gonzalez jelas menjadi watak penting buat pasukan Pantai Timur ini disamping seorang lagi bintang import iaitu Amin Nasrollah.

Kini masanya sudah tamat bersama-sama Pahang Rangers dan Gonzalez memilih untuk pulang ke negara asalnya iaitu Brazil selepas kontraknya tidak disambung.

Walaupun cuma seketika sahaja masa mereka bersama, namun Gonzalez mengakui yang permainannya meningkat bersama-sama Pahang Rangers.

“Saya pergi dengan mengetahui saya telah memberikan yang terbaik kepada Pahang Rangers sehingga ke akhir penampilan.

“Banyak yang saya belajar dan pengalaman hebat yang saya dapat dalam tempoh lima bulan ini yang sudah tentunya akan menjadikan saya seorang pemain lebih baik,” kata Gonzalez selepas aksi terakhirnya menentang KPT-PST Mustangs tempoh hari di Kuantan.

Gonzalez amat berterima kasih kepada pengendali pasukan iaitu Gerard Casas yang mengasah dengan lebih tajam permainan beliau.

Untuk rekod, beliau menjaringkan lima gol buat Pahang Rangers untuk membantu mereka mengungguli carta MPFL bagi kumpulan B.

“Terima kasih kepada semua, barisan kejurulatihan terutama Gerard Casas atas peluang yang diberi, pihak pengurusan, Presiden kelab yang sangat menyokong [Tengku Fahad Mua’adzam Shah] dan semua rakan sepasukan atas memori indah ini.

“Tidak lupa terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa bersorak nama saya, ini hadiah perpisahan daripada saya untuk anda.

Saya tidak akan berhenti di sini, akan pulang ke Brazil sebelum menentukan hala tuju seterusnya [dalam] karier saya dan terus mengejar impian saya,” tambah Gonzalez lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN