Aidil Sharin Sahak yang merupakan pengendali Persikabo 1973 dalam saingan Liga 1 Indonesia dilaporkan mungkin akan terus kekal di sana pada musim hadapan.
Walaupun begitu, Aidil menyatakan ketika ini beliau masih lagi belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Persikabo untuk terus berkhidmat bersama pasukan tersebut selaku ketua jurulatih.
Apa Terengganu Perlu Sediakan Jika Mereka Serius Dambakan ‘Sentuhan’ Aidil Sharin?https://t.co/EiUCrtXfH7
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 3, 2023
Saingan Liga 1 Indonesia yang sudah pun tamat sejak beberaoa minggu lalu ketika ini masih lagi dalam fasa persiapan buat setiap kelab yang bertanding sebelum tirai saingan kembali dibuka.
Aidil yang menyertai Persikabo pada pertengahan musim lalu berjaya memberi impak positif buat pasukan, selepas pengendali berkenaan mengubah corak permainan lebih baik buat kelab itu sebelum saingan liga tamat.
Untuk rekod, Persikabo menamatkan kedudukan di tangga ke-14 selepas merekodkan 11 kemenangan dan mengumpul 41 mata secara keseluruhan.
Sebelum ini ada ura-ura menyatakan Aidil bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan beberapa kelab dikaitkan bersama jurulatih berkenaan.
Antara yang dikaitkan ialah Terengganu dan Kelantan United, namun pengurusan Sang Penyu telah pun mengeluarkan kenyataan dengan berkata perkara tersebut tidak benar.
Terengganu Nafi Mahu Singkirkan Tomislav Steinbruckner Demi Aidil Sharinhttps://t.co/fOeMLzaUk1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 2, 2023
“Proses untuk mencadang, menukar atau melantik jurulatih yang baharu bukan perkara yang mudah dan perlu dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Teknikal Terengganu FC serta ianya perlu mendapatkan persetujuan dari pihak Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB).
“Ianya bukan hanya boleh dicadang dan dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan dari pihak atasan,” jelas kenyataan tersebut menerusi laman rasmi Terengganu.
Setakat ini, Aidil menyatakan kepada kami akan menyambung kontrak bersama Persikabo pada musim hadapan namun masih belum menandatangani kontrak secara rasmi.
“Betul, saya akan lanjutkan masa depan saya bersama Persikabo untuk terus mengendalikan pasukan ini musim depan, cuma secara rasminya saya belum tandatangani kontrak lagi,” jelas Aidil.
Menerusi rekod yang sangat baik dilakar beliau bersama Kedah Darul Aman selama beberapa musim lalu, maka tidak hairan mengapa Aidil menarik minat kelab-kelab lain untuk cuba mendapatkan khidmatnya.
Aidil Sharin Rangkul Gelaran Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesiahttps://t.co/Mgvgt91FmU
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 21, 2023
Ianya akan menjadi satu lagi musim yang bagus buat Aidil sebenarnya jika beliau meneruskan kontrak baharu bersama Persikabo.
Ini kerana, pengendali tersebut bakal mendapat lebih ruang dan peluang untuk memilih serta menilai pemain-pemain bersesuaian untuk mengikut kehendak beliau di atas padang.