Saingan separuh akhir pusingan pertama UEFA Champions League (UCL) membabitkan Real Madrid dan Manchester City sudah pun berlangsung dengan keputusan perlawanan menyaksikan keduanya terikat 1-1 di Santiago Bernabeu.
Pada perlawanan tersebut, tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol pembukaan menerusi Vinicius Junior sebelum ianya disamakan kembali oleh Kevin de Bruyne.
What a game in Madrid 🔥#UCL pic.twitter.com/qnO04DfQ8k
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 9, 2023
Awal separuh masa pertama menyaksikan City lebih banyak menguasai permainan dengan tekanan dibuat oleh pasukan tersebut di segenap sudut kepada lawan.
Kevin de Bruyne hampir memberi gol pertama buat City, selepas pemain tengah menyerang itu berjaya melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti sebelum diselamatkan oleh Thibaut Courtois.
Real menghadapi masalah yang sangat ketara untuk mengawal bola dengan lebih lama, selepas pasukan tersebut lebih banyak berkampung di kawasan sendiri setelah menerima asakan bertali arus daripada pelawat.
Pada minit ke-13, giliran Rodri pula cuba untuk memecahkan kebuntuan menerusi renbatan deras yang dibuat beliau dari luar kotak penalti sebelum ianya terpaksa ditepis keluar oleh Courtois untuk memberi pelawat sepakan sudut.
Sesekali Real tampil menerusi serangan balas pantas yang dicetuskan oleh Rodrygo untuk cuba mengkucar-kacirkan pertahanan City sebelum segalanya diselamatkan dengan baik oleh Ederson selaku penjaga gol utama pasukan pelawat.
Saat segalanya berada dalam kawalan City, tampil Vinicius Junior meledak gol pertama buat Real menerusi satu siri serangan balas pantas untuk mengejutkan City pada minit ke-36.
Vinicius Jr what a goal🤲 pic.twitter.com/1Vgjx2WZbz
— eli (@cfcelijah) May 9, 2023
Keputusan kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan, walaupun City ada mencipta beberapa peluang menarik untuk mendapatkan kembali gol penyamaan.
Bersambung di separuh masa kedua, ada beberapa peluang menarik dijelmakan oleh Real untuk mendapatkan gol kedua mereka menerusi percubaan daripada Karim Benzema dalam petak penalti pada minit ke-50.
Berbanding di separuh masa pertama, kali ini Real tampil dengan lebih memberi banyak ancaman menerusi gerakan tersusun untuk mendapatkan gol kedua.
Segala usaha City untuk mendapatkan gol berhasil, selepas pemain tengah berpengaruh mereka Kevin berjaya meledak gol pada minit ke-67 menerusi satu rembatan deras dari luar kotak penalti.
https://twitter.com/vartatico/status/1656033399629332482?s=46&t=BtBLRFi44ioD3qnZmNL7Ag
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan kedua pasukan terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir pusingan pertama UCL musim ini yang dianggap sangat sengit.