Pengadil Wanita Malaysia Cipta Sejarah Adili Perlawanan Akhir Kejuaraan Futsal AFF

Atikah Janah

Sejarah tercipta buat bidang pengadilan di Malaysia terutamanya buat pengadil wanita apabila nama negara dilakar dalam buku sejarah Kejuaraan Futsal Kelab AFF edisi 2023.

Atikah Janah, 30, mencipta sejarah apabila menjadi pengadil wanita pertama mengadili perlawanan akhir bagi kejohanan ulung futsal peringkat Asia Tenggara yang diadakan di Korat, Thailand semalam.

Dalam aksi yang melibatkan Hongyen Thakam dari Thailand menentang Black Steel (Indonesia), Atikah yang merupakan pengadil futsal bertaraf FIFA turut dibantu oleh pegawai daripada Vietnam iaitu Nguyen Thanh Huynh untuk memastikan aksi perlawanan tersebut berjalan dengan lancar.

Menurut laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook, ini merupakan perlawanan pertama Atikah sebagai pengadil bertaraf FIFA dan ia adalah aksi akhir pertama bagi kejohanan lelaki yang diadili oleh pegawai berkaum hawa.

“Kejayaan dipilih mengendalikan aksi final tersebut hadir pada penampilan sulung beliau di pentas kejohanan antarabangsa dengan memakai lencana Pengadil Futsal FIFA.

“Terdahulu ketika aksi peringkat kumpulan, Nurul Atikah turut bertugas pada perlawanan Kumpulan A di antara Victoria College University dan Hongyen Thakam serta perlawanan Kumpulan B di antara Football Victoria dan Black Steel,” tulis FAM lagi.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Black Steel mengharumkan nama Indonesia apabila memenangi perlawanan dengan menumpaskan wakil tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Sementara wakil Malaysia, Pahang Rangers menduduki tempat keempat selepas kalah kepada kelab Vietnam iaitu Thai Son Nam 3-0 dalam penentuan tempat ketiga.

Tahniah kepada Atikah yang mencipta sejarah dalam arena futsal Asia Tenggara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN