Ong Kim Swee Anggap Mentaliti Skuad B-22 Negara Tidak Begitu Baik

Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini pernah mengendalikan skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) menyifatkan kekalahan terbaharu negara kali ini disebabkan mentaliti para pemain yang tidak begitu baik.

Sebelum itu, Malaysia B-22 telah mencatat kekalahan pertama dalam saingan Sukan SEA bagi Kumpulan B, setelah ditumpaskan oleh Thailand menerusi keputusan 0-2.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia tampil dengan aksi yang serba tidak menjadi walaupun menguasai permainan pada awalnya untuk memberi gambaran positif.

Masalah kreativiti di bahagian serangan serta kelemahan ditampilkan oleh posisi pertahanan negara menyaksikan mereka dihukum oleh pasukan lawan dengan dua gol yang mudah.

Jelas Ong, beliau merasakan kekalahan tersebut berpunca daripada mentaliti para pemain yang lemah berbanding Thailand sejak awal permainan berlangsung.

“Bukan kata kita tidak bernasib baik atau sebagainya, kita harus terima mentaliti pemain kita tidak sebaik Thailand yang sudah bersedia sejak awal ketika perlawanan bermula.

“Kalau kita lihat pada aksi itu, jurang kita dengan Thailand itu sudah tidak jauh. Cumanya dari segi tumpuan pemain kita, cara mereka bersiap sedia ia memihak kepada Thailand.

“Skuad Thailand mempunyai keyakinan yang cukup tinggi, walaupun mereka diberi tekanan oleh pasukan negara tapi mereka masih mampu untuk keluar dari situasi dan berani bermain secara agresif,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali Sabah itu juga merasakan faktor terlalu yakin kepada diri sendiri menjadi punca mengapa Malaysia mencatat kekalahan sulung itu di Kemboja.

Disebabkan itu Ong menyarankan supaya para pemain negara dapat kembali memberi fokus penuh untuk persiapan seterusnya yang juga dianggap getir bertemu Vietnam.

“Pasukan negara perlu lupakan segera dua aksi yang mereka tempuhi sebelum ini. Mereka perlu beri tumpuan penuh kepada aksi yang penting iaitu menentang Vietnam.

“Saya percaya barisan kejurulatihan sudah tentu ketika ini sedang melakukan tugas mereka bagi mencari formula terbaik menentang Vietnam nanti,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ong merupakan antara jurulatih yang disegani ramai dalam arena bola sepak setelah kejayaan beliau untuk memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia pada saingan Sukan SEA edisi 2011.

Perlawanan seterusnya menjadi detik penting buat skuad kendalian E. Elavarasan dengan sekurangnya memperoleh keputusan seri sebelum wajib melakar kemenangan mengatasi Singapura, jika ingin layak ke separuh akhir.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN