Sukan SEA: Tampil Longlai Hadapi Thailand, Apa Masalah Sebenar Malaysia?

Selepas mencatat kemenangan besar 5-1 mengatasi Laos pada aksi pertama dalam acara bola sepak Sukan SEA di Kemboja, momentum Malaysia bawah 22 (B-22) telah pun disekat oleh Thailand semalam.

Pada aksi semalam, skuad B-22 negara telah pun ditewaskan oleh Thailand menerusi keputusan penuh 0-2 dengan aksi yang serbai tidak menjadi.

Menerusi beberapa rombakan pemain dalam kesebelasan utama yang dibuat oleh E. Elavarasan, nyata ianya tidak begitu menjadi walaupun Malaysia pada awalny menguasai permainan.

Antara faktor utama kekalahan semalam pastinya berpunca daripada disiplin pertahanan negara yang begitu mudah dipecahkan oleh pemain muda Thailand.

Dua gol Thailand terhasil menerusi kesilapan pertahanan Malaysia yang dilihat sangat lompong di kawasan tengah sehingga menyebabkan ruang besar terhasil buat lawan untuk mencipta sesuatu.

Selain itu, persefahaman sesama rakan pertahanan juga sangat lemah yang menyaksikan jarak sesama pemain begitu jauh dan memberi keselesaan buat penyerang lawan bergerak.

Kreativiti skuad negara lemah

Secara keseluruhan, Malaysia lebih banyak berharap kepada gerakan individu untuk mencipta sesuatu serta lemah daripada kualiti kombinasi permainan antara satu sama lain.

Posisi tengah Malaysia yang diharapkan mampu untuk menjadi hub utama kepada penguasaan permainan serta penghasilan gol juga tidak dijana dengan baik sepanjang perlawanan berlangsung.

Walaupun menguasai permainan kadangkala, Malaysia menghadapi kesukaran bergerak ke hadapam bagi mencipta hantaran-hantaran kreatif buat barisan serangan selain lebih banyak berlegar di kawasan sendiri.

Penyudah yang tumpul

Malaysia sebenarnya memiliki beberapa peluang menarik untuk mendapatkan gol, namun kualiti serangan dipamerkan oleh pemain muda negara sangat mengecewakan.

Fergus Tierney yang cemerlang pada perlawanan lalu ketika menentang Laos gagal mengekalkan momentum beliau, selain kedudukannya untuk mencari ruang juga tidak baik.

Begitu juga dengan aksi Syahir Bashah yang tampil dengan sangat longlai dan tenggelam dengan tekanan diberikan oleh pertahanan lawan sepanjang perlawanan berlangsung.

Kesimpulan

Walaupun banyak kelemahan yang dikesan, sekurangnya aksi daripada penjaga gol negara iaitu Sikh Izhan wajar mendapat pujian penuh selepas cemerlang menyelamatkan banyak percubaan berbahaya daripada lawan.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia perlu melakukan sesuatu menerusi rombakan pemain dan taktikal kerana Vietnam pastinya tidak memberi laluan mudah buat skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN