Malaysia bawah 22 (B-22) akhirnya tewas buat kali pertama dalam kejohanan Sukan SEA bagi Kumpulan B, selepas ditumpaskan Thailand menerusi keputusan penuh 0-2 di Kemboja.
Pada perlawanan tersebut, Thailand jelas lebih garang dan kreatif di posisi serangan untuk mencipta peluang-peluang berbahaya biarpun Malaysia pada awalnya tampil cukup menyakinkan.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Sabtu, 6 Mei 2023
THAILAND 🇹🇭 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Anan Yodsangwal 73’ Yotsakon Burapha 84’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/yALEdklhm1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Awal perlawanan menyaksikan Malaysia lebih banyak mendominasi permainan menerusi gerakan-gerakan dicipta daripada pelbagai arah untuk mendapatkan gol pertama.
Thailand yang lebih banyak bertahan, sesekali cuba melakukan serangan balas pantas untuk memerangkap pertahanan negara yang naik sedikit tinggi.
Malaysia terlebih dahulu dilayangkan kad kuning awal permainan pada minit ke-9, selepas penyerang muda negara iaitu Fergus Tierney mengasari pemain lawan.
Sesekali Thailand tampil dengan sangat berbahaya dengab menggunakan kepantasan dimiliki para pemain mereka untuk mencemaskan kubu pertahanan negara yang sangat berdisiplin.
Selepas 15 minit permainan berlangsung, Malaysia masih lagi mendominasi serangan untuk memburu gol awal, namun ianya masih belum dapat terhasil.
Thailand secara tiba-tiba menaikkan intensiti permainan untuk melancarkan beberapa siri serangan berbahaya, namun kecemerlangan Sikh Izhan selaku penjaga gol negara berjaya menafikan segalanya.
Separuh Masa
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Sabtu, 6 Mei 2023
THAILAND 🇹🇭 0-0 🇲🇾 MALAYSIA #FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/YItsqkdqA7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Antara kelemahan nyata yang dipamerkan para pemain muda negara ketika ini ialah daripada sudut kreativiti mereka dalam menyusun atur serangan lebih berkualiti kepada barisan hadapan.
Bersambung di separuh masa kedua, beberapa pertukaran dibuat skuad kebangsaan dengan Najmudin Akmal serta Haqimi Azim dibawa masuk untuk memperkuatkan posisi serangan.
Memasuki 70 minit permainan, Malaysia tampil dengan lebih baik di bahagian serangan yang kreatif menyusun gerakan-gerakan positif berbanding separuh masa pertama.
Namun, gol yang dicari masih belum tiba selain pertahanan Thailand yang begitu cemerlang untuk menyerap segala asakan dibuat oleh skuad kebangsaan dari segenap posisi.
Selain itu, Thailand juga tampil konsisten menyusun gerakan-gerakan pantas untuk cuba memerangkap barisan pertahanan negara bagi mendapatkan gol pertama permainan.
Walaupun begitu, kecemerlangan Sikh Izhan wajar dipuji, selepas penjaga gol tersebut tangkas menafikan segalanya dan wajar mendapat pujian ramai.
Akhirnya Thailand terlebih dahulu mendapat gol menerusi pemain simpanan mereka pada minit ke-73, hasil satu hantaran lolos yang baik daripada tengah untuk mengelirukan pertahanan skuad negara, sebelum rembatan deras dilepaskan sekali gus menewaskan Sikh Izhan.
Malaysia sekali lagi dibolosi pada minit ke-83 setelah kealpaan pertahanan negara gagal untuk menutup hantaran cantik dari bahagian tengah dan memudahkan Yotsakon menjaringkan gol kedua buat Thailand.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya B-22
⚽️ THAILAND 🇹🇭 🆚 🇲🇾 MALAYSIA
🕔 5.00 ptg (waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Prince, Phnom Penh
📺 Saluran TV Okey, 110 MYTV, 146 Astro, Saluran Sukan RTM, 111 MYTV#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/4YqPfpNhEh— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan ianya menjadi kekalahan pertama buat Malaysia dalam saingan Sukan SEA di Kemboja bagi peringkat Kumpulan B.