Erik ten Hag Salahkan Pengadil Punca Man United Tewas Kepada Brighton

Momentum terbaik Manchester United ketika ini telah pun disekat seketika, selepas pasukan tersebut mencatat kekalahan terbaharu dalam saingan English Premier League (EPL) untuk aksi ke-33.

Terbaharu, Brighton and Hove Albion tampil dengan kejutan untuk mengetepikan United, setelah pasukan tersebut meraih kemenangan dramatik 1-0 di laman sendiri iaitu Falmer Stadium.

Pada perlawanan tersebut, beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan dianggap sangat kontroversi, termasuk isu Video Assistant Referee (VAR) pada minit-minit akhir perlawanan.

United tampil di gelanggang lawan pada awal perlawanan dengan sangat baik untuk memberi tekanan kepada kubu pertahanan tuan rumah.

Walaupun begitu, disiplin tinggi dipamerkan oleh anak-anak buah Roberto De Zerbi jelas menyukarkan barisan serangan pelawat untuk memperoleh sesuatu.

Tampil dengan aksi berintensiti tinggi, beberapa kekasaran dikesan oleh pengadil sehingga ada lapan layangan kad kuning telah dikeluarkan oleh pengadil perlawanan.

Beraksi di laman sendiri, jelas Brighton lebih banyak menguasai permainan dan tumpuan terarah kepada pemain tengah mereka iaitu Alexis Mac Allister.

Mac Allister menjadi pemain kunci buat Brighton pada perlawanan tersebut untuk mengawal rentak permainan serta menyukarkan pelawat untuk cuba menembusinya di bahagian tengah.

Malah Mac Allister juga memastikan Brighton untuk meraih tiga mata penting di laman sendiri, selepas sepakan penaltinya pada masa tambahan berjaya menewaskan David de Gea.

Penalti tersebut diperoleh selepas bola dikesan terkena tangan pertahanan United iaitu Luke Shaw dalam kotak penalti dan disahkan sendiri menerusi VAR.

Selepas tamat perlawanan, Erik ten Hag selaku pengurus Uniter memberi kritikan kepada pengadil bertugas dengan menyatakan rasa tidak puas hati akan beberapa situasi.

Pengadil bertugas ketika itu ialah Andre Marriner dan ten Hag menganggap beberapa kekasaran dibuat lawan tidak diendahkan oleh beliau untuk meniupkan wisel.

Selain itu, ten Hag juga menyatakan situasi sepakan percuma diberikan kepada tuan rumah dianggap tidak tepat dan membuatkan dia rasa sangat menjengkelkan.

“Pada pandangan saya, Shaw bermain dengan sangat bagus. Tetapi apa yang menjengkelkan saya ialah sepakan percuma yang tidak sepatutnya diberikan oleh pengadil.

“Dan sudah tentu saya melihat ada kekasaran yang agak keras dibuat pada perlawanan tersebut, namun tiada wisel dibunyikan oleh pengadil bertugas.

“Ianya bukan tugas saya untuk menghakimi tugas pengadil, kami tewas pada perlawanan ini, kami buat kesilapan, kami tak ambil peluang, tetapi seperti saya katakan tadi ada beberapa situasi dianggap sangat mengecewakan,” jelas pengendali tersebut menerusi Manchester Evening News.

Sumber:
Manchester Evening News

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN