‘Ego Mikel Arteta’ – Ini Punca Arsenal Dipintas Man City Untuk Kejuaraan?

Mikel Arteta Arsenal ego

Jika Arsenal ditakdirkan terlepas kejuaraan Premier League musim ini, Mikel Arteta seharusnya mengambil tanggungjawab atas ego dirinya sendiri.

Mereka kini sudah hilang momentum yang pernah dikecapi mereka. Ada satu ketika, mereka dilihat jauh meninggalkan pencabar, Manchester City.

Kini, menghampiri ke penghujung musim, Man City berhasil memintas mereka di takhta liga dengan memiliki kelebihan satu mata dan satu perlawanan di tangan. Malah, aksi ‘penentuan’ di antara kedua-duanya pada Khamis menjadi milik The Citizens dengan kemenangan mutlak 4-1.

Adakah The Gunners sudah terlepas kejuaraan? Menurut Arteta perlumbaan untuk kejuaraan masih belum berakhir kerana masih ada aksi yang berbaki.

Apa yang kami perlu lakukan adalah lupakan apa yang berlaku minggu lalu. Belajar daripadanya dan maju ke depan dengan pertarungan sengit di laman sendiri, di depan penyokong sendiri, derbi London dan memperbetulkan semula keadaan,” ungkapnya di sidang media pra perlawanan, semalam.

Arsenal akan berdepan Chelsea di Emirates pada awal pagi nanti untuk aksi ke-34. Mereka tiada pilihan untuk tewas lagi dalam baki lima perlawanan.

Arteta bersikap ego?

Anda perlu faham, di mana kami bermula sebelum ini. Kami perlu kekal setia dengan pendekatan yang telah membawa kami ke kedudukan sekarang,” ungkapnya selepas kekalahan keempatnya musim ini ke atas Man City.

Ada sesetengah pihak mengatakan ini adalah satu kenyataan bersifat ego daripada Arteta. Beliau juga degil dengan pendekatan yang digunakannya waima ia sudah tidak memberikan hasil memberangsangkan kepadanya.

Menurut Rio Ferdinand ketika bercakap tentang perlawanan tersebut kepada BT Sport, beliau hairan mengapa pengendali tersebut kekal dengan pendekatannya walaupun sedang ketinggalan. “Musim ini sudah tiga kali Arteta berdepan Pep [Guardiola] dan mereka kalah kesemuanya, serta dia langsung tidak ubah apa-apa [berkaitan pasukannya],” kata Ferdinand.

Perubahan boleh berlaku dalam perlawanan, tetapi hari ini ia tidak berlaku. Adakalanya situasi sebegini boleh merampas segalanya-galanya daripada anda. Saya rasa ini yang berlaku kepada mereka hari ini,” tambahnya.

Ada yang mengatakan Arteta sama seperti Jose Mourinho dari segi ego. Dan anda tahu bagaimana sifat Mourinho yang dianggap narsisistik.

Untuk mengatasi Chelsea, ada yang mencadangkan agar pengendali kelahiran Sepanyol itu agar membuat perubahan barisan pemainnya.

Arteta perlu tekan butang ‘reset’

Menurut artikel di The Athletic, Arsenal dan Arteta khasnya sudah perlu menekan butang set semula. Momentum mereka di bulan April telah merentap segalanya daripada mereka. Mereka menang sekali, seri tiga kali dan tewas sekali. Mereka akhirnya telah berada di belakang Man City.

Kami telah melakukan perubahan sebelum ini dan ia tidak menjamin apa-apa pun kepada anda,” ujar Arteta di Etihad tentang pendekatannya.

Menurut penulisnya, Art de Roche, mungkin beliau boleh kekal setia dengan pendekatannya tetapi tidak salah mencuba pemain lain di tangannya.

Tetapi beliau sedar yang Arteta bukanlah pengendali yang gemar membuat perubahan kepada skuadnya, “perubahan besar bukanlah gaya Arteta.

Menurut Opta, perubahan besar yang dilakukannya musim ini hanyalah tiga dan ia berlaku dalam dua perlawanan – Brentford dan Bournemouth.

Selain itu, beliau merupakan pengendali yang paling kerap tidak melakukan sebarang perubahan ke atas kesebelasan utamanya, 12 perlawanan.

Sebagai jurulatih yang semakin matang, Arteta wajar tukar pendekatannya untuk mengelirukan lawan. Perlu juga ada sifat kejam dalam dirinya saat menentukan kesebelasan utama. Yang tidak berprestasi perlu diketepikan.

Perlu atau tidak Arteta mempertimbangkan perkara ini? Atau terus kekal dengan pendekatan sama seperti mana yang diterapkannya sebelum ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN