Sebut sahaja nama Erling Haaland, pastinya ramai mengenai individu ini sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia yang kini berada pada prestasi terbaik bersama kelab diwakilinya iaitu Manchester City.
Haaland yang memiliki fizikal tegap serta mencipta larian pantas ini cukup digeruni mana-mana pertahanan lawan, ekoran kekuatan fizikal dimiliki beliau mampu untuk menewaskan mereka sebelum cemerlang menjaringkan gol.
Erling Haaland is the first player to score 50+ goals across all competitions in a single English top-flight season since 1931…
NINETY-TWO YEARS AGO. 🤯 pic.twitter.com/eynATE8aMt
— Squawka (@Squawka) April 30, 2023
Namun, ada faktor lain yang dilihat Haaland begitu cemerlang di atas padang, selain ketajaman beliau dalam mendapatkan banyak gol buat pasukan serta mengkucar kacirkan pertahanan lawan.
Menurut Leon Goretzka, Haaland merupakan seorang pemain yang gemar kentut di atas padang terutama sekali jika ada mana-mana pertahanan lawan cuba menghampiri atau mengunci pergerakannya.
Pengalaman itu dirasai sendiri oleh pemain tengah tersebut ketika pertemuan membabitkan Bayern Munich menentang City dalam saingan suku akhir UEFA Champions League (UCL) musim ini.
Pada saingan tersebut, Goretzka gagal membantu Munich untuk menewaskan City selepas pasukan tersebut disingkirkan menerusi keputusan agregat 1-4 di Allianz Arena.
https://twitter.com/trollfootball/status/1652359327955427333?s=46&t=q8pkuQ7fpZ-jYTCQOAnTpg
Sepanjang pertemuan dua kali antara pasukan tersebut, Haaland tampil cemerlang untuk meledak gol dan sukar untuk disekat momentum beliau di posisi serangan.
Jelas Goretzka, penyerang kebangsaan Norway itu tidak mempunyai adab ketika berhadapan lawan dan sentiasa kentut jika ada mana-mana pemain mendekatinya.
“Haaland langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemain lawan dalam dunia bola sepak. Dia kerap kentut jika kami cuba menghampirinya. Dia lakukannya lebih daripada sekali,” luah Goretzka menerusi perkongsian dibuat oleh laman Troll Football di Twitter.
Apapun, ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh Haaland untuk mengelak daripada lawan menghampirinya di atas padang.
Jika ancaman lawan berkurangan kepadanya, peluang untuk Haaland mendapatkan gol jauh lebih cerah dan memberi kejayaan buat pasukan diwakilinya dalam mana-mana perlawanan.
Walaupun begitu, kehebatan Haaland di atas padang tetap tidak boleh dinafikan selepas penyerang itu sudah pun meledak 11 gol setakat ini dalam saingan UCL untuk mengatasi Mohamed Salah dengan lapan jaringan terhasil.
Making 𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘! 🌟
A half century for @ErlingHaaland 👊 pic.twitter.com/goQGcM3u0S
— Manchester City (@ManCity) April 30, 2023
Haaland dijangka akan mengetuai senarai serangan buat City pada perlawanan seterusnya pada peringkat separuh akhir UCL bagi menentang Real Madrid pada 10 Mei ini di Santiago Bernabeu.
Persoalannya, adakah pemain ini akan menggunakan cara yang sama untuk menafikan pertahanan Real pada perlawanan tersebut bagi mendapatkan gol?