Jika ‘Formula’ Zamsaham Digunakan, Chelsea Sudah Pecat Frank Lampard

Lampard Zamsaham Chelsea

Frank Lampard nampaknya berdepan dengan statistik paling buruk dalam sejarah karier kejurulatihannya apabila Chelsea mencatat kekalahan kelima berturut-turut sejak beliau memegang jawatan selaku jurulatih interim.

Ketika ini boleh dikatakan musim Chelsea sudah pun berakhir. Usahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, bayang-bayang untuk layak ke kejohanan Eropah untuk musim depan juga sudah hilang dari pandangan.

Meskipun pada awalnya beliau telah diberi jaminan bahawa kedudukannya akan ‘selamat’ sehingga penghujung musim, namun deretan kekalahan ini pastinya menggoyahkan pendirian pemilik dan pengurusan The Blues.

Lima kekalahan ini mengingatkan kepada pendirian pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham ketika menjawab persoalan mengenai pelantikan Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih baharu pasukan dari pantai timur tanah air itu.

Dalam wawancara khas yang disiarkan oleh Astro Arena tersebut, Zamsaham menyatakan jurulatih dari Jerman tersebut akan dipecat sekiranya berdepan dengan lima kekalahan dan ianya terkandung di dalam kontrak yang ditawarkan.

Beliau turut menegaskan sebagai pemilik, tidak mungkin dirinya mampu bersabar sehingga pasukan kalah sehingga 10 kali untuk mengambil tindakan menukar jurulatih.

Jadi adakah ‘syarat’ ini logik dalam konteks pengurusan sebuah kelab bola sepak?

Ianya mungkin terpakai untuk sebuah pasukan yang berbelanja besar dan mempunyai kolam skuad yang terdiri daripada pemain-pemain berkelas dunia seperti Chelsea.

Musim ini sahaja kelab London tersebut telah berbelanja sebanyak £600 juta untuk membawa masuk pemain seperti Enzo Fernandez, Mykhaylo Mudryk, Marc Cucurella, Kalidou Koulibaly, Noni Madueka, Raheem Sterling dan banyak lagi.

Maka lima kekalahan pastinya sesuatu yang mengaibkan, apatah lagi ianya berlaku secara berturut-turut seperti mana yang dialami oleh Lampard ketika ini.

Sebaliknya untuk sebuah pasukan ‘kerdil’ seperti Kelantan yang mempunyai bajet terhad dan pemain pula dibayar dengan ‘gaji marhaen’, maka pastinya ianya satu syarat yang yang mengarut.

Justeru itu, mana-mana pemilik perlulah meletakkan syarat yang realistik. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN