Chuba Akpom tidak melalui karier senior yang sangat baik di England sejak bersama Arsenal di usia remajanya, namun selepas lebih seabad, beliau kembali mencipta namanya tetapi bersama pasukan lain, Middlesbrough.
Middlesbrough kini bersaing di Championship untuk musim 2022/23.
Dan mereka berpotensi untuk kembali ke Premier League musim depan.
Ketika di Arsenal, beliau lebih banyak dipinjamkan keluar selepas dipromosi ke skuad senior pada 2012/13. Enam kelab disertainya dalam tempoh lima tahun antaranya bersama Brentford, Nottingham Forest dan Hull City.
Walaupun dipinjamkan ke kelab-kelab yang bersaing di Championship, namun impak yang ditinggalkannya tidaklah terlalu besar ketika itu.
Berhijrah ke Greece diikuti Middlebrough
Pada 2018, beliau dilepaskan Arsenal ke PAOK sebelum berpindah ke Middlesbrough pada musim 2020. Bersama kelab yang bermain di Super League Greece, menurut BBC, beliau boleh dianggap ikon dan pemain utama apabila membantu mereka meraih gelaran liga selepas 34 tahun.
(2) Chuba Akpom
The striker joined PAOK Salonika in 2018 and helped the Greek side win their first Super League title since 1985 after they went unbeaten in 2018-19. He also scored an overhead kick to beat AEK Athens in the 2019 Greek Cup final. pic.twitter.com/GtFbh7UsG6
— Takue (@citizenzimbo) April 6, 2021
Mereka juga menjulang Greek Cup pada musim tersebut dan beliau telah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Greek Cup 2018/19.
Boro menerbangkannya ke Riverside dengan nilai £2.75 juta (RM15.28 juta) pada musim 2020/21 untuk kontrak tiga tahun + 1 tahun dan telah tampil sederhana sebelum dipinjamkan semula ke PAOK pada musim seterusnya.
Sebagai seorang penyerang, sepanjang tempoh lima tahun tersebut, Akpom telah berjaya mencetak 26 jaringan bersama PAOK dan Middlesbrough.
Permulaan musim 2022/23 yang tampak suram
Pada Julai 2022, Boro mengumumkan nombor jersi dan pemain untuk musim baharu dengan tiada namanya dalam senarai tersebut.
Ia satu khabar buruk bagi pemain yang baru kembali bersama pasukan.
Pada fahaman semua ketika itu, ini memberi petanda yang beliau mungkin tiada dalam perancangan bekas pengurus ketika itu, Chris Wilder.
Started the season without a squad number and sent to train with the U21s.
But Chuba Akpom is ending it as POTS and Top scorer👏🏿 pic.twitter.com/59KmeIopxd
— Oluwashina Okeleji (@oluwashina) April 23, 2023
Disebabkan kekurangan pemain ketika aksi persahabatan musim tersebut berdepan Marseille, beliau terpaksa diturunkan bermain. Tetapi, apa yang ditonjolkannya pada ketika itu menyalakan harapan buatnya di sana.
Ini kerana, difahamkan, walaupun sudah mengumumkan senarai pemain pada musim tersebut sebelum itu, Boro sebenarnya masih memburu pemain yang sesuai untuk diletakkan di posisi penyerang utama mereka.
Peluang kembali terhidang buatnya untuk beraksi dan Akpom tidak mensia-siakannya. Dalam aksi ketiga, dua gol dilakarnya ke atas Sheffield United.
Hubungan baik dengan Michael Carrick
Namun, ketika meledak dua gol ke atas Sheffield United, penyerang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan yang memaksanya berehat selama sebulan. Sebagai pemain bukan pilihan, tentunya ini meresahkannya.
Malah, memburukkan keadaan, Wilder telah dipecat pada awal Oktober atas sebab prestasi buruk pasukan dalam 11 perlawanan musim 2022/23.
“Saya tahu akan ada sinar di hujung terowong, saya cuma perlu melalui proses rehabilitasi dengan baik,” ungkapnya sambil berkata dalam setiap perjalanan, tentu akan ada kesulitan yang perlu ditempuhi seseorang.
Memang ada sinar di hujung terowong buatnya. Kehadiran pengurus baharu, Michael Carrick seolah-olah telah merancakkan sentuhannya.
🗣️ "He's the manager I've been dreaming of my whole career!"
Chuba Akpom dedicates his record-breaking ninth consecutive Championship goal to Michael Carrick, and explains why his game has taken off under him🔥⬇️ pic.twitter.com/4cmzPV68bP
— Sky Sports Football (@SkyFootball) April 19, 2023
Sehingga kini, beliau telah meledak 29 gol dan dua ‘assists’ dalam 38 penampilan. Prestasinya melonjak kedudukan Boro dari tangga ke-21 ke tangga ke-4. Mereka hampir pasti melalui play-off ke Premier League.
“Dia adalah pengurus yang saya impikan sepanjang karier saya. Sejujurnya, saya selesa bekerja dengannya. Saya turun bermain dengan memberi 110 peratus kerana mahu berjuang untuk pengurus. Dia telah tunjukkan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” memetik kata-kata Akpom.
Apa yang telah dicapainya pada musim ini?
Pada saat dirinya bagai tidak diperlukan kelab pada musim ini, beliau menebusnya dengan prestasi memberangsangkan. Kepercayaan Carrick terhadapnya membuahkan hasil yang cukup lumayan pada ketika ini.
Pada 23 Mac lalu, beliau telah memecahkan rekod lagenda kelab, Bernie Slaven yang melakar lebih 20 gol semusim bersama Middlesbrough, 33 tahun lalu. Beliau juga berjaya memecah rekod sebagai pemain pertama mencetak gol dalam sembilan aksi di laman sendiri secara berturut-turut.
Selain itu, dengan 28 gol daripadanya di saingan liga ketika ini, beliau berpotensi meraih gelaran penjaring terbanyak Championship musim ini.
Tambah mengujakan, beliau baru sahaja dinobat sebagai Pemain Terbaik Championship musim ini. Musim yang seakan-akan pengakhiran kariernya di Boro sedang menuju penamat yang cukup menarik sehingga saat ini.
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik dicipta Chuba Akpom bersama Middlesbrough yang bakal dikenangnya dan tentunya para penyokong.