Walaupun Tewas Kepada Man Utd, Brighton Telah Buktikan Kelab Bola Sepak Boleh ‘Pergi Jauh’ Dengan Bajet Terhad

Brighton & Hove Albion Manchester United

Brighton & Hove Albion pastinya meratapi kekalahan menerusi sepakan penalti kepada Manchester United dalam aksi separuh akhir Piala FA Inggeris, tetapi ada satu perkara yang ‘kelab kerdil’ itu telah buktikan.

Mara hingga ke separuh akhir adalah pencapaian yang boleh dibanggakan, tetapi dalam sejarah bola sepak amat sukar untuk mengingati nama pasukan yang terkandas di peringkat ini.

Meskipun pasukan yang layak ke final adalah Manchester United, untuk menempah perhitungan dengan jiran setempat Manchester City, aksi di Wembley pada awal pagi tadi ternyata lebih tertumpu kepada persembahan anak buah Roberto de Zerbi.

Kouru Mitoma masih menjadi pemain paling menyerlah, meskipun berdepan kesukaran untuk mengatasi kawalan Aaron Wan-Bissaka, tetapi kelincahan pemain sayap Jepun tersebut membuktikan kelab tidak perlu berbelanja besar untuk mendapat pemain yang berkualiti.

Persembahan Mitoma jauh lebih baik berbanding Anthony Martial mahupun Antony. Malah Bruno Fernandes turut bergelut untuk mencorak gerakan serangan pasukannya sehingga dikeluarkan pada masa tambahan.

Sebaliknya bahagian tengah Brighton gandingan Alexis MacAllister dan Moises Caicedo yang dilihat begitu kompak untuk menguasai permainan.

Pertemuan dua pasukan ini amat dinantikan, apatah lagi United tewas kepada pasukan yang sama dalam aksi pembukaan musim ini di Old Trafford.

Ketika itu Graham Potter masih watak utama The Seagulls, Enock Mwepu belum dinasihatkan untuk bersara, Leandro Trossard belum dijual kepada Arsenal dan MacAllister juga bukan ‘siapa-siapa’ sebelum menjuarai Piala Dunia.

Untuk membuat perbandingan perbelanjaan dua pasukan ini, ianya ibarat langit dengan bumi. Pembelian Jadon Sancho dan Antony shaaja sudah menelan kos sehingga £160 juta. Terlalu jauh berbanding Mitoma dan Solly March yang kedua-dua hanya berharga £3 juta.

Tetapi Brighton telah memberi pengajaran yang cukup besar, dalam bola sepak wang bukan segalanya. Pencapaian mereka telah membuktikan kelab bola sepak boleh beroperasi dengan bajet yang terhad.

Mereka juga memberi harapan kepada semua orang agar percaya bahawa bola sepak itu sepatutnya tidak perlu terlalu rumit sehingga bergantung kepada kekayaan pemiliknya semata-mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN