Indonesia bawah 22 (B-22) bakal tampil dengan skuad yang lebih baik menjelang saingan Sukan SEA yang akan berlangsung tidak lama lagi untuk memburu pingat dalam acara bola sepak.
Selaku salah satu pasukan tumpuan, Indonesia dilaporkan telah membuat persediaan dengan sebaik mungkin menerusi siri latihan awal dibuat, serta panggilan-panggilan pemain berkualiti.
Indra Sjafri mengaku akan mengambil 18 pemain timnas U-22 Indonesia dari internal game yang sudah dilakukan. Sedangkan untuk dua pemain lainnya diisi oleh Marselino Ferdinan dan Pratama Arhan. 🇮🇩🦅⚽https://t.co/VHHHNgrZFW
— SuperBall.id (@tribunSUPERBALL) April 20, 2023
Terbaharu, pasukan tersebut dilaporkan bakal diperkuatkan dengan dua tenaga pemain muda yang beraksi di luar negara iaitu Marselino Ferdinan serta Pratama Arhan.
Umum mengetahui Pratama Arhan antara pemain yang kini menjadi tunjang utama kekuatan buat pasukan senior dan beraksi di J2 League bersama Tokyo Verdy.
Manakala Ferdinan pula, kelibat pemain tengah muda ini jelas mencuri tumpuan sejak tahun lalu sehingga menarik minat pasukan yang beraksi di Belgium iaitu KMSK Deinze.
Kehadiran dua pemain ini disahkan sendiri menerusi pengendali utama Indonesia B-22 iaitu Indra Sjafri dengan menyatakan mereka akan tiba tidak lama lagi untuk menyertai kem latihan pusat.
“Sehingga kini 18 pemain sudah pun hadir menyertai kem latihan pusat, manakal dua lagi iaitu Marselino Ferdinan dan Arhan turut akan menyusul,” jelas Indra menerusi CNN Indonesia.
Pada masa sama, Indonesia terpaksa menerima hakikat yang mereka tidak akan dapat menggunakan khidmat pertahanan muda tinggi lampai iaitu Elkan Baggott.
Baggott yang kini cemerlang di England dalam saingan EFL League 2 bersama Cheltenham Town dilaporkan tidak mendapat pelepasan kelab untuk menyertai Indonesia bagi Sukan SEA ini.
Ini kerana, kejohanan tersebut tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dan setiap kelab tidak wajib melepaskan pemain mereka bersama skuad kebangsaan.
“Kalau kelab tidak mahu melepaskan pemain itu apa kami boleh buat kerana ia tidak berada dalam kalendar rasmi FIFA,” luah Indra mengenai status Baggott.
Indra Sjafri Ingin Elkan Baggott dan Pratama Arhan Tampil di SEA Games https://t.co/rYdkupFqIz
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) February 25, 2023
Indra juga menyatakan beliau sudah pun mempersiapkan 20 nama pemain yang disenaraikan untuk dibawa ke saingan Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja.
Malah, senarai nama tersebut juga kini dilaporkan sudah pun diserahkan kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk semakan mereka.