Juventus Kembali Dapat 15 Mata Yang Dipotong, Terus Masuk Slot UCL Serie A

Juventus

Sebelum ini, Juventus mengalami musim yang cukup sukar apabila dihukum dengan penolakana 15 mata dalam saingan Serie A.

Semua ini berpunca selepas mereka didapati bersalah kerana meletakkan jumlah nilai peroleh hasil perpindahan pemain secara palsu semata-mata untuk menstabilkan imbangan duga kelab.

Akan tetapi, selepas proses rayuan dilakukan baru-baru ini, Juventus kini berjaya menarik balik hukuman tersebut dan 15 mata telah dikembalikan kepada mereka.

Ianya berlaku susulan proses rayuan yang didengar selama tiga jam melibatkan pihak kelab dengan Majlis Olimpik Itali. Menurut badan sukan itu, kes ini haruslah tidak boleh ditutup dan perlu menjalani pendengaran semula.

Oleh kerana itu, hukuman itu ditangguh sementara waktu dan kes ini haruslah dibicarakan semula antara Juventus dan FA Itali (FIGC) yang merupakan pihak bertanggungjawab menolak mata mereka.

Apa dah jadi kepada carta Serie A?

Selepas penambahan semula 15 mata kepada Juventus, kelab tersebut ternyata mengalami peningkatan signifikan dalam carta Serie A.

Hasil penambahan tersebut, Juventus yang berada ditangga ketujuh sebelum ini melonjak naik tangga ketiga liga dengan AC Milan terpaksa menerima padahnya.

Dengan menduduki tangga ketiga itu, Juventus kini hanya dua mata sahaja di belakang Lazio yang menduduki tangga kedua dan berada di depan AS Roma yang menghuni tangga keempat.

Milan menjadi mangsa keputusan pusingan-U ini apabila mereka ditolak keluar daripada slot UEFA Champions League (UCL) dan kini menduduki tangga kelima.

Dengan baki lapan perlawanan sahaja, mungkin sedikit sukar untuk Juventus mengejar Napoli yang mendahului liga ketika ini dengan 75 mata.

Namun, mereka masih boleh mengejar Lazio namun dalam masa yang sama boleh dihambat oleh Roma serta Milan yang ketika ini cuma di belakang dengan perbezaan tiga dan enam mata sahaja.

Perkara ini jelas memberikan impak besar kepada kedudukan Serie A. Penyokong Milan pastinya bengang dengan situasi ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN