Liga Super: Nik Akif & Rafael Vitor Hadiahkan Kelantan United Kekalahan Ke-7

Nik Akif Syahiran Penang Kelantan United

Penang memperolehi kemenangan ke-3 Liga Super 2023 selepas menang 2-0 ke atas Kelantan United hasil jaringan Nik Akif Syahiran dan Rafael Vitor.

Ia juga merupakan kekalahan ke-7 buat Kelantan United musim ini.

Permulaan perlawanan menyaksikan Penang mengawal perlawanan dan berhasil mencipta beberapa asakan berbahaya ke benteng Kelantan United.

Antaranya rembatan deras Soony Saad dalam kotak penalti yang ditumbuk keluar Ilham Amirullah selepas ‘clearance’ kurang kemasnys di minit ke-3.

Itu cerita lima minit awal sebelum pelawat berjaya mengimbangi aksi. Percubaan pertama mereka tiba di minit ke-13 menerusi Fandi Othman.

Kelantan United wajar berterima kasih kepada ketangkasan Ilham yang beberapa kali menyelamatkan percubaan Penang antaranya menerusi Rafael Vitor dan Giovane Gomes yang mampu mencipta gol pembukaan.

Benteng Kijang Hijau hebat diuji oleh jentera serangan tuan rumah, namun mujur buat mereka, Penang gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki.

Sementara jentera serangan pelawat yang digerakkan oleh Indra Putra Mahayuddin gagal menjelmakan asakan sepanjang babak pertama.

Babak pertama berakhir tanpa sebarang gol oleh kedua-dua pasukan.

Penang mencipta gol di minit ke-48 menerusi rembatan Nik Akif Syahiran selepas menerima hantaran lolos menarik oleh ‘playmaker’, Adriano.

Tiga minit berselang, mereka nyaris menambah gol, namun rembatan Gomes jauh melewati palang gol pelawat yang terbuka buat dirinya.

Tuan rumah meneruskan tekanan ke atas lawan menerusi deretan asakan dan berhasil mencipta jaringan kedua pada minit ke-58 menerusi tandukkan oleh kapten, Rafael Vitor yang menerima sepakan penjuru Hadin Azman.

Pemain gantian, Rahmat Makasuf terlepas peluang membuat percubaan deras apabila rembatannya gagal mengancam gawang di minit ke-70.

Kelantan United hanya mampu berkampung di kawasan sendiri menahan asakan demi asakan daripada Penang yang ghairah memburu gol.

Tidak banyak yang mampu dilakukan mereka untuk membina asakan.

Gregory Rocha yang dimasukkan menggantikan Indra Putra juga gagal memberikan impak yang diharapkan mereka di jentera serangan.

Minit ke-82, jaringan Yan Victor yang mungkin mampu mencetuskan kebangkitan dibatalkan pengadil selepas berada di kedudukan ‘offside’.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 2-0 untuk kemenangan buat Penang ke atas Kelantan United hasil jaringan Nik Akif dan Rafael Vitor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN