Bayern Munich Menyesal Beli Mane, Mahu Jual Serta-Merta

Sadio Mane

Kelab Bundesliga, Bayern Munich kini mengakui yang mereka telah menyesal mendapatkan bintang Senegal iaitu Sadio Mane pada musim lalu.

Selepas berlaku insiden di mana Mane menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane, kini Bayern dalam proses untuk mendenda serta menjual pemain tersebut secara serta-merta.

Menurut laporan Sky Sport, tindakan Mane yang menumbuk Sane itu memberikan kesan sampingan berganda apabila beliau didenda dengan jumlah yang amat besar.

Selepas digantung daripada menyertai perlawanan menentang Hoffenheim, Mane dilaporkan didenda oleh pihak kelab dengan bayaran perlu dibayar sebanyak €300 ribu.

Jumlah itu cukup besar pada asasnya, malah lebih teruk kerana €300 ribu itu adalah nilai minima sahaja.

“Jumlah yang dikenakan adalah melebihi €300 ribu dan ini adalah satu denda yang cukup, cukup menyeksa Mane,” kata wartawan Sky, Florian Plettenberg.

Sebagai tambahan, denda yang dikenakan kepada Mane itu adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada mana-mana pemain Bayern dalam sejarah mereka.

Digantung tugas sudah, denda pun sudah dilakukan. Kini, Bayern dalam proses benar-benar mahu menyingkirkan Mane dengan menjual pemain tersebut pada musim panas akan datang.

Bayern menganggap yang pembelian Mane sebagai “suatu kesilapan” dan mereka mahu mendapatkan pembeli yang berminat terhadap pemain sayap itu.

Liverpool antara yang disebut-sebut sebagai destinasi kerana Mane dilihat tidak menolak untuk kembali ke pasukan lamanya itu.

Akan tetapi, Liverpool lebih berminat untuk mendapatkan rakan sepasukan Mane iaitu Ryan Gravenberch.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN