Isteri Tuntut Separuh Hartanya, Tapi Achraf Hakimi Daftar Semua Aset Atas Nama Ibu

Hakimi Ibu Harta

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi telah menjadi topik hangat yang dibincangkan selepas isterinya yang menuntut hak sepencarian mendapati beliau tidak memiliki sebarang harta meskipun menerima jutaan Euro sebagai pemain profesional.

Perkara tersebut didedahkan ketika prosiding penceraian pasangan tersebut berlangsung di mahkamah dan isterinya, Hiba Abouk memfailkan penceraan dan meminta separuh daripada aset dan harta dimiliki oleh pemain antarabangsa Maghribi itu.

Lebih mengejutkan, Hiba Abouk dimaklumkan bahawa Hakimi telah mendaftarkan semua aset dan hartanah ke atas nama ibunya, Fatima.

Kesemua rumah, kereta, pakaian dan barang kemas didapati telah dipindah milik kepada nama ibunya. Malah daripada jutaan gajinya setiap bulan, sebanyak 80 peratus telah didepositkan kepada akaun ibunya.

Pasangan tersebut telah mula berpacaran pada 2018, mendirikan rumah tangga pada 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Isterinya telah memfailkan penceraian pada Mac 2023.

Hakimi pula kini sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol seorang wanita di Perancis pada Februari lalu. Mangsa dikatakan telah membuat laporan polis tetapi enggan meneruskan kes sebelum pihak pendakwa raya memilih untuk meneruskan pendakwaan.

Namun ibu Hakimi mempertahankan anaknya dan yakin pertuduhan tersebut adalah palsu. Bintang PSG itu juga telah mengaku tidak bersalah.

Apa yang menarik adalah cara beliau untuk menyelamatkan hartanya dan beberapa pihak memuji sikapnya sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya.

Bagaimanapun hal mengenai jumlah harta sepencarian yang dituntut oleh pihak isteri mengikut Islam tetap ada pengiraannya dan ianya hendaklah diselesaikan mengikut hasil perbincangan dan keputusan mahkamah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN