Manchester United berkemungkinan akan kehilangan 5 pemain utama mereka untuk aksi leg kedua saingan Europa League bertemu Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan minggu hadapan.
Hal tersebut jelas sekali membimbangkan para peminat dengan mereka takut Man United akan bergelut di hujung-hujung saingan musim ini selepas melalui musim yang agak cemerlang di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Skuad The Red Devils itu pada awalnya dilihat seperti bakal berjaya untuk mencatatkan kemenangan dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford awal pagi tadi.
#mufc could be without Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Luke Shaw, Lisandro Martinez and Raphaël Varane for the second leg against Sevilla 😥 pic.twitter.com/DQiHo7aXhn
— utdreport (@utdreport) April 13, 2023
Namun entah apa yang berlaku, Sevilla berjaya melakukan comeback seterusnya mengikat kedudukan menjadi 2-2 walau pada awalnya sudah ketinggalan 2-0.
Apa yang lebih mengecewakan untuk kem Man United, kedua-dua gol yang berjaya diperolehi oleh Sevilla adalah gol sendiri yang dijaringkan oleh Tyrell Malacia dan Harry Maguire.
Kedua-dua gol sendiri itu terhasil pada hujung-hujung minit permainan dan kerana itulah peminat sedikit terkilan Man United gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Dek kerana perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan 2-2, maka penentu untuk menentukan pasukan yang akan ke peringkat separuh akhir saingan Europa League musim ini.
Namun begitu, apa yang membimbangkan para penyokong adalah Man United berpotensi untuk hilang ramai pemain utama untuk aksi leg kedua di halaman lawan nanti.
https://twitter.com/All_UnitedNews/status/1646621641550581760?s=20
Bruno Fernandes jelas sekali tidak boleh diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana beliau bakal berdepan hukuman penggantungan.
Luke Shaw dan Marcus Rashford pula kedua-dua masih tidak boleh diturunkan kerana mereka masih belum berada di tahap kecergasan terbaik dan mereka juga berpotensi untuk tidak diturunkan dalam aksi leg kedua nanti.
Raphael Varane dan Lisandro Martinez sementara itu turut berpotensi untuk tidak diturunkan kerana kedua-dua mereka sedang dibelenggu masalah kecederaan.
Maka dengan itu, Erik ten Hag berkemungkinan akan kehilangan khidmat Fernandes, Shaw, Rashford, Varane dan Martinez untuk aksi leg kedua bertemu Sevilla pada minggu hadapan.
Bukan hanya aksi leg kedua, penyokong juga turut bimbang masalah kecederaan pemain ini akan memberi kesan buruk kepada Man United di hujung-hujung saingan musim ini.
Rata-rata peminat meluahkan kebimbangan mereka di media sosial dengan mereka takut Man United akan lebih teruk sebelum tamat saingan musim ini.
Berarti Manchester United harus mengejar kemenangan di kandang Sevilla tanpa Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Luke Shaw, Lisandro Martinez & Raphaël Varane? 😧#MUFC pic.twitter.com/IinGnwNWpq
— United Attack🔻 (@unitedattackID) April 14, 2023
“Musim kita sudah selesai, ia satu perjalanan yang menakjubkan, tapi kita mungkin akan kena belasah dengan Nottingham Forest dan Sevilla minggu hadapan. Semua ini kerana masalah kecederaan yang kita hadapi dan jadual padat yang perlu kita tempuhi.”
“Tanpa pemain-pemain ini susah sebenarnya kita nak catatkan kemenangan di tempat lawan. Saya tak berharap apa-apa lagi.”
“Kita dah selesai, bukan hanya dikecewakan oleh Sevilla, tapi kita patut bersyukur kalau kita boleh habiskan saingan musim ini dikelompok empat teratas.”
“Saya rasa kita patut korbankan Europa, guna pemain terbaik kita untuk aksi liga, fokus kejar kedudukan empat teratas.”
“Kelompok empat teratas dan Europa League dah boleh dilupakan rasanya.”
Manchester United kini sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga, dengan skuad kendalian Erik ten Hag itu selepas ini perlu turun berdepan Nottingham Forest untuk menjarakkan lagi diri dari dikejar oleh Tottenham Hotspur.