Kedah Darul Aman (Kedah) gagal untuk mencipta sebarang kejutan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), selepas pasukan tersebut begitu mudah diratah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jumlah jaringan cukup besar.
Walaupun tampil dengan barisan pemain yang lebih berkualiti berbanding musim lalu, Sang Kenari gagal untuk melakar keputusan positif dengan dominasi permainan jelas menjadi milik JDT.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | JDT FC 6 – 0 KDA FC
⚽ 23' Fernando Forestieri (JDT)
⚽ 47' Feroz Baharudin (JDT)
⚽ 50' Oscar Arribas (JDT)
⚽ 52' (P) Bergson (JDT)
⚽ 76' Arif Aiman (JDT)
⚽ 86' Leandro Velazquez (JDT) pic.twitter.com/YnjnEloM9j— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2023
Pada perlawanan tersebut, JDT berjaya menewaskan Kedah menerusi keputusan penuh 6-0 menerus jaringan daripada Fernando Forestieri, Feroz Baharudin, Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman, serta Leandro Velazquez yang mempamerkan ketajaman di hadapan gawang gol Kedah.
Apa yang mencuri tumpuan sepanjang perlawanan tersebut berlangsung, pastinya terarah kepada bintang muda JDT iaitu Arif Aiman yang begitu menyerlah untuk mengatasi barisan pertahanan Kedah.
Pada usia masih muda, Arif mempamerkan kematangan beliau di atas padang untuk turut mendominasi posisi serangan yang dibarisi oleh pemain-pemain import lebih berpengalaman.
Tidak perlu menyukarkan diri dengan gerakan berlebihan, Arif bijak menggunakan kepantasan beliau untuk mengatasi lawan pada masa tepat, serta bijak melepaskan bola dengan baik buat rakan sepasukan.
76' GOL | Arif Aiman Hanapi menjaringkan gol kelima JDT yang juga merupakan gol kelima peribadinya musim ini!@OfficialJohor 5-0 @kda_fc #LigaSuper2023 pic.twitter.com/r5MBhAv7sh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 9, 2023
Satu jaringan yang dilakar oleh Arif pada perlawanan tersebut sudah cukup untuk meletakkan pemain ini sebagai salah seorang yang cukup konsisten dalam setiap aksi diharungi bersama JDT.
Malah, jaringannya itu boleh dianggap sangat menarik kerana kelincahan beliau yang bijak memperdayakan pertahanan serta penjaga gol Kedah, sebelum satu rembatan dilepaskan dalam gawang pelawat.
Pemain Kedah seperti Heshamudin jelas gagal untuk menahan kelincahan dipamerkan oleh Arif dan pertahanan tersebut sering membuka ruang cukup besar buat bintang serangan JDT itu mencipta peluang.
Walaupu Nafuzi menggantikan Heshamudin selepas itu kepada Azrin Afiq, jelas Kedah masih belum menemui formula sebenar untuk menyekat kemaraan Arif di kawasan serangan Kedah.
Secara keseluruhan, gandingan pemain muda itu bersama Bergson serta Fernando Forestieri wajar diberi pujian, selepas persefahaman dipamerkan mereka menjadi igauan ngeri buat mana-mana pertahanan lawan.
Selain Arif yang menjadi masalah besar buat Kedah untuk menyerap segala asakan, tampil Feroz Baharudin untuk turut mencuri perhatian menerusi kekebalan beliau di benteng pertahanan Harimau Selatan.
Kelibat Feroz juga banyak menyusahkan pemain serangan Kedah untuk lebih selesa mencipta sebarang ruang bagi mendapatkan gol di gelanggang lawan.
77’ Arif!!!! He walks the ball in for our FIFTH tonight#JDTvKDA#LigaSuper2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 9, 2023
Gandingan Feroz dan Jordi Amat boleh disifatkan sangat sempurna kerana persefahaman dicapai kedua pemain ini sangat tinggi serta berdisiplin dalan setiap aksi membabitkan JDT.