Kedah Darul Aman (Kedah) bakal berdepan ujian paling getir buat diri mereka selepas mengharungi tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super 2023, untuk membuat perhitungan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pastinya ia bukan suatu cabaran mudah buat Sang Kenari dalam misi mereka untuk sekurangnya meraih keputusan positif.
Matchday! Jaga-Jaga!
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 8 | Liga Super 2023
🆚 Johor Darul Ta'zim
📆 9 April 2023, Ahad
🕖 10.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim📡LIVE di Astro Arena 803 dan Astro Go
Penyokong Sang Kenari, tiket penyokong hanya dijual di https://t.co/wTcsHW6uI9 pic.twitter.com/AdiF8RS3Lv
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2023
Walaupun begitu, Kapten Kedah iaitu Manuel Ott tetap berharap supaya rakan sepasukan lain mampu memberi fokus penuh untuk berhadapan lawan yang dianggap berada dalam prestasi terbaik mereka kini.
Jelas Ott, Kedah bakal ‘lemas’ dalam permainan lawan malam ini, jika mereka tidak dapat mengikut strategi serta taktikal yang berkesan seperti diterapkan oleh barisan kejurulatihan.
“Kami berdepan pasukan teratas liga dan sudah pasti dengan momentum kemenangan dan beraksi di laman sendiri yang dimilki JDT ini bakal menjadikan skuad Harimau Selatan satu lawan yang cukup sukar buat kami.
“Dengan keupayaan yang mereka milki melalui tujuh kemenangan besar pada setiap perlawanan lalu, kami selaku pasukan yang berada di tangga kedua liga perlu mempertingkatkan lagi keupayaan untuk menghadapi setiap ujian mencabar di sana.
“Oleh itu, kami perlu cukup berdisiplin dan beraksi sebagai satu pasukan mengikut perancangan yang telah diatur oleh ketua jurulatih Nafuzi Zain dan saya yakin dengan perancangan yang dipersiapkan ini mampu meningkatkan keupayaan kami untuk menempuh setiap cabaran,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada masa sama, pemain kebangsaan Filipina itu juga menegaskan kepada para pemain supaya menguatkan mental masing-masing supaya kekal fokus dalam 90 minit permainan yang dijangka sengit.
“Walau apa cabaran yang kami hadapi, saya berharap setiap pemain dapat kekal fokus sepenuhnya dalam misi kami disana dan berusaha membuktikan kemampuan pasukan berdasarkan reputasi yang ada pada KDA FC.
“Dengan perancangan yang dibuat ini, kami tidak boleh leka dan perlu mengelak dari melalukan kesilapan mudah kerana kami mahu memastikan Sang Kenari mendapat keputusan yang positif di sana,” katanya.
🥊 HEAD TO HEAD JOHOR DARUL TA'ZIM vs KDA FC!
Menjelang aksi #LS8 bagi pusingan pertama #LigaSuperMalaysia2023 menentang Johor Darul Ta'zim, KDA FC akan terus memberi tumpuan sepenuhnya untuk perlawanan di tempat lawan esok. pic.twitter.com/uHXyg4lXT1
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 8, 2023
JDT ketika ini wajar digeruni pihak lawan, selepas momentum mereka yang melakar tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super untuk menghuni kedudukan teratas.
Sementara Kedah pula berada dalam prestasi terbaik mereka kini, selepas unggul di tangga kedua liga, walaupun ia merupakan musim pertama buat Nafuzi Zain mengendalikan kelab tersebut.