Pertahanan Import Terengganu Sasar 3 Mata Untuk Aksi Berdepan Kuching City

Pertahanan import Terengganu iaitu Argzim Redzovic kini berada dalam keadaan terbaik, selepas beliau tampil cemerlang pada perlawanan lalu ketika berdepan Kelantan di gelanggang sendiri.

Untuk aksi seterusnya bertemu Kuching City, pertahanan kelahiran Montenegro ini mahu memastikan prestasi cemerlang beliau dapat dikekalkan agar pasukan mampu terus meraih tiga mata penuh.

Aksi seterusnya menyaksikan Terengganu sekali lagi bakal beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk melayan kunjungan Kuching City pada Ahad ini.

Selain mahu memastikan kemenangan buat Terengganu, pertahanan berusia 31 tahun itu juga mempunyai sasaran tersendiri iaitu mendapatkan jaringan sulung beliau musim ini bersama pasukan.

Menurut Argzim, ianya dianggap penting kerana mampu memastikan momentum kemenangan sentiasa bersama pasukan untuk kali ketiga berturut-turut pada awal musim ini.

Walaupun berkobar-berkobar untuk menampilkan aksi yang cemerlang, Argzim turut sedar pasukan lawan yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim itu bukan suatu yang mudah untuk dihadapi Terengganu.

Ini kerana, Irfan Bakti boleh dianggap sebagai seorang jurulatih yang sangat licik serta mempunyai pengalaman luas sebelum itu untuk mengendalikan Terengganu beberapa tahun lalu.

“Jika sekali lagi diturunkan jurulatih Tomislav Steinbruckner, sudah pasti sasaran saya adalah untuk mengekalkan prestasi bagi memastikan tiga mata menjadi milik kami lebih-lebih beraksi di tempat sendiri.

“Kejayaan mengekang pintu gol daripada dibolosi skuad The Red Warriors pada penampilan pertama aksi derbi Pantai Timur sebelum ini membuatkan saya begitu puas apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Namun masih banyak yang perlu saya perbaiki, tapi saya tetap percaya mampu melakukan yang lebih baik pada perlawanan akan datang, kami perlu fokus seperti yang kami lakukan ketika menentang Kelantan FC dengan mengikut arahan jurulatih untuk mendapatkan tiga mata lagi kerana ia bukan perlawanan yang mudah.

“Lagipun KCFC adalah pasukan yang baik dengan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim penuh dengan pengalaman, sudah pasti mereka akan memberikan tentangan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan, harap penyokong dapat memenuhi stadium bagi menyuntik lagi semangat kami ketika beraksi,” katanya menerusi Harian Metro.

Kedudukan semasa setakat ini menyaksikan Terengganu berada di tangga keenam liga selepas mereka meraih tiga kemenangan untuk mengumpul 10 mata secara keseluruhan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN