‘52 Perlawanan Tak Tewas Di Tempat Lawan’- Siapa Boleh Kalahkan JDT?

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar sejarah baharu dalam dunia bola sepak tempatan, selepas mengukuhkan rekod tidak pernah tewas dalam 52 perlawanan Liga Super di gelanggang lawan.

Lebih menarik, kali terakhir pasukan tersebut tewas ialah pada bulan Februari 2018 kepada Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan penuh 0-1 hasil jaringan tunggal Paulo Josue.

Ketika itu perlawanan berlangsung di Cheras, dan jaringan Josue terhasil pada minit tambahan separuh masa pertama untuk mengesahkan kemenangan mereka bagi mengatasi JDT.

Selepas itu, JDT kekal menjadi satu-satunya pasukan di Malaysia yang tidak pernah tewas buat semua kelab dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan.

Jika dilihat, rekod sedemikian bukan sesuatu yang mustahil buat JDT menerusi kekuatan mereka yang sentiasa ditambah baik dan tidak pernah merasa selesa.

Lihat sahaja pemilik kelab iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sentiasa berusaha setiap tahun untuk memantapkan JDT dari segenap sudut.

Tatkala kelab-kelab lain seolah baru terbuka untuk mengenali apa itu penswastaan, JDT telah tampil dengan serba lengkap untuk menjadi contoh utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Jika dinilai daripada prestasi semasa, menjadi sesuatu yang sukar buat mana-mana kelab untuk mencabar JDT daripada segi rekod dilakar atau keputusan permainan di atas padang.

Kunci utama pasukan tersebut setiap musim ialah konsistensi dalam semua aspek yang sukar untuk diikuti mana-mana kelab lain, walaupun pada awalnya sudah tampak baik.

Rombakan besar-besaran, isu kewangan, masalah politik, serta hal konflik dalaman sentiasa menjadi masalah yang didengari buat mana-mana kelab setiap musim.

Jika isu tersebut sukar diatasi, bagaimana mereka ingin terus untuk cuba mencabar penguasaan JDT di Malaysia?

Malah, hal-hal penting seperti menandatangani pemain import yang tidak bersesuaian dengan taktikal pasukan juga sering kedengaran setiap musim membabitkan banyak kelab.

Jika segala itu dapat diatasi sedikit demi sedikit, maka tidak mustahil akan ada suasana baharu dapat dilihat pada masa akan datang mengenai kesediaan mana-mana lawan untuk menjadi seteru kuat JDT di atas padang.

Apapun, musim ini JDT dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk melakar sejarah-sejarah baharu, selepas ianya telah dibuktikan menerusi semua kemenangan dilakar dalam tujuh perlawanan awal Liga Super 2023.

Kisahnya, JDT bukan lagi menunggu mana-mana kelab untuk cuba menewaskan mereka dalam perlawanan, tetapi menanti jika ada pasukan mampu membolosi gawang gol mereka selepas hanya melepaskan satu jaringan ketika bertemu Kelantan.

Kesimpulannya, jika masih ada mana-mana kelab gagal untuk mengatasi masalah yang disebut itu, jangan sesekali cuba untuk bermimpi menggantikan JDT selaku raja bola sepak di Malaysia era baharu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN