Chelsea secara rasminya telah mengambil keputusan untuk memecat bekas pengurus kelab mereka iaitu Graham Potter, selepas pengendali tersebut bertugas selama enam bulan di Stamford Bridge.
Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi kenyataan rasmi Chelsea di laman mereka dengan menyatakan Bruno Saltor akan menggantikan Potter seketika selaku pengurus ‘interim’.
Club statement.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 2, 2023
Potter mula dilantik Chelsea pada bulan September lalu, selepas keputusan mereka untuk menggantikan beliau daripada bekas pengurus sebelum itu, Thomas Tuchel yang tidak konsisten.
Walaupun begitu, Potter mengalami masalah untuk menguruskan Chelsea dengan baik setelah kelab tersebut terus tampil dengan prestasi kurang memberansangkan walaupun dilimpahi pemain bintang.
Sebelum itu, Potter sebenarnya telah pun mencatat nama sebagai antara pengurus yang berpotensi bersama Brighton & Hove Albion sehingga menarik minat pengurusan Chelsea untuk melantiknya.
Namun, segalanya kekal tidak menjadi buat pengurus ini yang dilihat sukar untuk mengendalikan kelab lebih besar dengan baik serta menerima kritikan besar daripada para penyokong pasukan.
Kemuncaknya, Chelsea telah pun menerima tamparan besar selepas mereka tewas mengejut kepada Aston Villa baru-baru ini dalam aksi English Premier League (EPL) menerusi keputusan 2-0.
Pada perlawanan tersebut, Chelsea jelas berada dalam tekanan selepas mempamerkan aksi tidak konsisten sehingga bolos dua gol, selain sukar mencari sebarang peluang meledak jaringan.
Pastinya ia sesuatu yang tidak dapat diterima setelah pasukan tersebut telah membelanjakan £500 juta bagi mendapatkan pemain berkualiti, tetapi mempamerkan aksi serta keputusan tidak diingini.
Bersama Chelsea, Potter telah pun mendapat para pemain bintang seperti Mykhailo Mudryk, Joao Felix, Enzo Fernandez, serta ramai lagi di posisi tengah serta serangan yang dianggap sebagai nama besar dalam arena bola sepak profesional.
Menerusi pemecatan itu, dijangka kelab tersebut akan mendapatkan pengganti Potter dengan secepat mungkin selepas ada beberapa nama sudah dikaitkan bersama pasukan itu.
Antara nama yang dikaitkan kini ialah bekas pengendali Bayern Munich iaitu Julian Nagelsmann, Mauricio Pochettino selepas ini dalam misi untuk memperkuatkan kelab.
🚨🚨 BREAKING: Graham Potter has been sacked by Chelsea.
“Chelsea would like to thank Graham for all his efforts and contribution and wish him well for the future”, club statement announces. pic.twitter.com/NNZpuXTkzp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 2, 2023
Walaupun tampil teruk, Potter sebenarnya sempat membawa Chelsea untuk mara ke pusingan suku akhir UEFA Champions League (UCL) untuk bertemu Real Madrid, selepas cemerlang menewaskan Borussia Dortmund.