Liga Super: JDT Tak Ada Masalah Jadikan Sabah Sebagai Santapan ‘Moreh’

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai untuk meneruskan momentum kemenangan mereka dengan kali ini pasukan tersebut berjaya menjadikan Sabah sebagai mangsa seterusnya.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), jelas segalanya menjadi milik JDT dengan kelibat Arif Aiman Hanapi, Juan Muniz Gallego, Syahmi Safari, dan Fernando Forestieri muncul selaku penjaring untuk mengesahkan kemenangan 4-0 mengatasi Sabah.

Sepanjang perlawanan berlangsung, kelibat Arif jelas mencuri tumpuan walaupun pemain ini sebelum itu disahkan mengalami kecederaan ketika bersama skuad kebangsaan.

Namun kecemerlangan ditampilkan beliau buat JDT wajar diberi pujian, selepas Arif menjadi watak penting untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Awal perlawanan menyaksikan JDT lebih garang di posisi serangan, menerusi tekanan-tekanan yang diberikan mereka dari pelbagai arah untuk mendapatkan gol awal.

Oscar Arribas hampir mendapatkan gol awal buat tuan rumah, selepas gerakan solo beliau berjaya melepaskan satu rembatan sebelum ianya sedikit tersasar pada minit ke-3.

Lima minit awal permainan jelas menjadi milik JDT yang lebih banyak mendominasi perlawanan di segenap posisi, sambil pelawat mampu bertahan sahaja di kawasan sendiri.

Memasuki minit ke-10, JDT sekali lagi terlepas peluang untuk mendapatkan jaringan pertama mereka, dengan rembatan Forestieri pula sedikit tersasar di tepi gawang gol Sabah.

Sesekali Sabah cuba menjana serangan ke arah kubu pertahanan tuan rumah, namun setiap gerakan dicipta begitu mudah dipatahkan lawan selain kesilapan sendiri dibuat oleh pelawat.

Gol yang dicari JDT akhirnya tiba menerusi pemain lincah mereka iaitu Arif Aiman, selepas beliau berjaya mengelirukan beberapa pertahanan Sabah sebelum satu rembatan deras dilepaskan pada minit ke-20 untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah meneruskan rentak cemerlang mereka untuk mendapatkan gol kedua permainan, dengan kali ini giliran Juan Muniz pula tampil meledak jaringan buat JDT pada minit ke-39.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak perubahan dapat dibuat oleh pelawat dengan JDT meneruskan konsistensi mereka untuk menguasai permainan.

Harimau Selatan jelas tidak memberi sebarang ruang buat pelawat, selepas pelbagai serangan berjaya ditampilkan pasukan ini untuk mendapatkan gol ketiga permainan.

Kemasukan Stuart Wilkin memberi nafas baharu buat serangan Sabah, selepas pasukan tersebut tampil lebih baik di bahatian hadapan berbanding separuh masa pertama.

Secara keseluruhan, Sabah berjaya mengimbangi pasukan tuan rumah dengan baik di separuh masa kedua, dengan beberapa peluang menarik berjaya dicipta bagi mendapatkan sekurangnya satu gol.

Pada minit ke-81, tampil pemain gantian JDT iaitu Syahmi Safari untuk meledak gol ketiga buat tuan rumah, selepas ada kesilapan ribuat oleh pertahanan Sabah yang membuka ruang buat pemain itu untuk melepaskan satu rembatan deras.

Fernando Forestieri mengesahkan kemenangan buat JDT, selepas pemain ini berjaya meledak gol keempat perlawanan pada minit ke-89 menerusi umpanan baik daripada Corbin Ong

Keputusan perlawanan kekal, dengan JDT terus unggul di kedudukan teratas carta liga selepas mereka berjaya mengetepikan Sabah yang berada di tangga kedua menerusi kemenangan bersih 3-0.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Diogo Luis Santo, Muhamad Feroz Baharudin, Juan Muniz Gallego, Endrick dos Santos Parafita, Oscar Pasero Arribas, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri

Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga gol), Gabriel Schmegel Wotter Peres, Taesu Park (Kapten), Mohd Rizal Mohd Ghazali, Kwang Min-ho, Darren Yee Deng Lok, Dominic Jun Jin Tan, Saddil Ramdani, Muhammad Irfan Zakaria, Jailton Lourenco da Silva, Mohd Irfan Fazail

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN