Israel Tembak Gas Pemedih Mata Kepada Rakyat Palestin Ketika Perlawanan Bola Sepak

Palestin

Puluhan rakyat Palestin menghadapi detik sukar ketika sedang menonton perlawanan bola sepak apabila pihak Israel melancarkan semburan gas pemedih mata ketika perlawanan berlangsung.

Dalam satu klip yang tular di Twitter, rakaman mendapati pihak Israel melancarkan serangan gas pemedih mata ke arah penyokong yang dipercayai adalah rakyat Palestin.

Sewaktu perlawanan itu dilangsungkan, ianya melibatkan Belata FC dan Jerusalemitte Jablmokbr dengan aksi diadakan untuk sebuah perlawanan akhir dekat Jerusalem.

Menurut rakaman tersebut, pihak berkuasa Israel melancarkan gas pemedih mata ke arah penyokong dengan dapat dilihat ramai warga Palestin yang bertempiaran lari ke arah padang.

Desakan menanti FIFA

Susulan tersebarnya video ini, rata-rata warganet menyeru agar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan yang tegas kepada Israel.

Malah, ada yang menuntut agar Israel dikenakan tindakan yang tegas sama seperti negara-negara lain yang turut dihukum oleh FIFA sebelum ini seperti Rusia dan yang terkini adalah Indonesia.

Malah, menurut perkongsian oleh penulis Lee Seng Foo, kesalahan yang dilakukan oleh Israel ini sebenarnya telah melanggar peraturan FIFA secara terang-terangan.

Dalam perkongsian itu, Seng Foo mengatakan yang Israel melanggar peraturan 19 berkenaan pitchside steward dalam usaha mereka memastikan kekecohan tidak berlaku ketika perlawanan.

“Mana-mana steward atau pegawai polis yang ditugaskan di kawasan permainan itu haruslah dirakam dalam televisyen dan tindakan mereka semestinya berada pada tahap etika tertinggi pada sepanjang masa.

“Tiada senjata api atau gas mengawal orang ramai dibenarkan atau digunakan,” kata peraturan FIFA itu.

Jadi FIFA, rakaman sudah ada, buktinya amat jelas. Makanya, tindakan yang setegas-tegasnya harus diberikan.

Jangan pilih kasih, jangan ada satu set peraturan yang untuk Indonesia dan yang berlainan pula khas untuk negara haram Israel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN