Cristiano Ronaldo Cipta Keraian Baru Selepas Jaringkan Gol Bertemu Luxembourg

Cristiano Ronaldo mencipta keraian baru selepas kejayaan beliau menjaringkan gol untuk Portugal ketika aksi di pusingan kelayakkan Euro bertemu Luxembourg awal pagi tadi.

Selepas melalui pelbagai kecaman ketika aksi di pentas Piala Dunia Qatar baru-baru ini, Cristiano Ronaldo kini sepertinya sudah menunjukkan yang beliau masih lagi pemain terhebat di pentas dunia bola sepak.

Ketika ramai yang percaya karier Ronaldo di pentas bola sepak antarabangsa sudah berakhir, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu tampil membuktikan yang sebaliknya.

Ronaldo berjaya menjaringkan 2 gol ketika membantu Portugal membelasah Lichtenstein 4-0 kemarin, dan beliau sekali lagi berjaya melakukan hal yang sama ketika bertemu Luxembourg awal pagi tadi.

Bekas bintang Manchester United itu kini sudah berjaya menjaringkan empat gol untuk skuad kebangsaan Portugal dari dua perlawanan di bawah kendalian Roberto Martinez.

Pemain berusia 38 tahun itu juga turut mencipta keraian baru selepas kejayaan beliau meledak gol pada minit ke-9 bertemu Luxembourg awal pagi tadi.

Keraian SIUU beliau menjadi fenomena selama bertahun-tahun dan bukan hanya dikalangan pemain bola sepak, bahkan atlet dari pelbagai jenis sukan juga turut meniru keraian yang sama.

Keraian SIUU merupakan keraian yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak dan tambahan suara penonton menjerit SIUU menjadikan ia semakin menarik.

Ronaldo kemudiannya mencipta keraian baru yang mana beliau meraikan jaringan dengan meletakkan dua tangan di dada sambil melelapkan mata dan keraian itu digelar keraian ‘tidur’.

Keraian ‘tidur’ itu juga turut menjadi fenomena dengan ramai pemain yang menggunakan keraian sama ketika mereka meraikan gol jaringan masing-masing.

Ketika aksi bertemu Luxembourg, Cristiano Ronaldo memutuskan untuk menggabungkan kedua-dua keraian tersebut untuk meraikan gol jaringan beliau.

Ronaldo dilihat berlari lalu melompat sambil penonton menjerit SIUU dengan beliau kemudiannya meletakkan tangan di dada sambil memejamkan matanya.

Dua gol jaringan Ronaldo dalam perlawanan ini sudah cukup untuk membantu Portugal mencatatkan kemenangan besar 6-0 menewaskan Luxembourg.

Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Cristiano Ronaldo kini sudah berjaya menjaringkan 122 gol dari 197 perlawanan untuk skuad kebangsaan Portugal.

Melihat beliau seolah-olah sudah berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya, ramai pihak yang sudah tidak sabar mahu melihat aksinya bertemu negara gergasi selepas ini.

Roberto Martinez sepertinya lebih tahu cara bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik dari Cristiano Ronaldo dan kerana itulah beliau kini nampak lebih berfungsi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN