Ahmad Syihan Hazmi yang merupakan penjaga gol skuad Harimau Malaya boleh dianggap sebagai salah satu pemain paling mencuri tumpuan semalam dalam aksi pertemuan Malaysia menentang Turkmenistan.
Pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu, Malaysia telah pun mencatat kemenangan 1-0 mengatasi Turkmenistan hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada separuh masa pertama.
Jaringan Tunggal Akhyar Rashid Sudah Cukup Untuk Benam Turkmenistanhttps://t.co/KF35Odxx1p
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 23, 2023
Turkmenistan yang diaibkan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia tahun lalu, tampil dengan aksi cukup menyakinkan pada awal permainan.
Namun, ketangkasan Syihan Hazmi menjadi salah satu faktor mengapa pasukan lawan pulang dengan rasa kecewa buat kali kedua selepas mereka dimalukan sekali lagi oleh Malaysia.
Aksi yang ditampilkan oleh Syihan boleh dianggap cukup membanggakan, selepas beliau menjadi watak penting untuk menepis banyak percubaan berbahaya tepat dibuat oleh pelawat.
Walaupun sebelum perlawanan ada mempertikaikan prestasi semasa Syihan yanh tidak begitu banyak diuji musim ini dalam saingan Liga Super, pemain ini berjaya membuktikan segalanya.
Bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini, Syihan hanya melepaskan satu gol sahaja daripada lima perlawanan dihadapi beliau dan ianya hanya menerusi sepakan penalti ketika bertemu Kelantan.
"Semua pemain bagi 100% dan yang terbaik…" – Syihan Hazmi
Hero pasukan Harimau Malaya malam ini tampak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan. #DemiMalaysia pic.twitter.com/fZNV6Ppts5
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 23, 2023
Walaupun ada kebangkitan cuba dicipta pelawat menerusi beberapa percubaan berbahaya dibuat penyerang lawan, aksi Syihan yang diumpamakan seperti ‘Spiderman’ berjaya menafikan segalanya.
Sehingga kini Syihan terus menyakinkan Kim Pan-gon mengenai prestasinya untuk terus mencabar kedudukan utama selaku penjaga gol utama buat pasukan negara menerusi ketangkasan dimiliki beliau.
Syihan mula melonjakkan kembali namanya di persada antarabangsa, selepas musim lalu beliau cemerlang bersama Negeri Sembilan sehingga menarik perhatian kejurulatihan negara.
Konsistensinya menyaksikan pemain tersebut berjaya merampas kedudukan utama penjaga gol negara untuk menggantikan Farizal Marlias yang beberapa tahun ini bermain di posisi tersebut.
Selain Syihan, untuk panggilan skuad negara kali ini menyaksikan tiga lagi penjaga gol baharu turut dipanggil oleh jurulatih negara iaitu Damien Lim (Sabah), Kalamullah Al-Hafiz (Kedah Darul Aman), serta Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan).
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Khamis, 23 Mac 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇹🇲 TURKMENISTAN
⚽️ Akhyar Rashid 29' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/qLKVdbNbQ6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 23, 2023
Untuk aksi berdepan Hong Kong, dijangka Syihan akan terus dikekalkan oleh Kim kerana kecemerlangan beliau pastinya akan terus ditagih untuk membantu skuad kebangsaan mencatat keputusan positif.