“Main 10 Orang Tak Mudah”- Pengendali PDRM Akui Kualiti Terengganu Lebih Baik

PDRM gagal untuk meneruskan momentum terbaik mereka dalam aksi Liga Super 2023, selepas pasukan tersebut mencatat kekalahan 0-1 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Walaupun bermula dengan sangat baik pada awal perlawanan dengan mencipta banyak peluang-peluang menarik serta mengimbangi penguasaan permainan, PDRM gagal untuk mengekalkan konsistensi tersebut.

Menurut pengendali PDRM iaitu Azzmi Aziz, beliau menyatakan kesan bermain dengan 10 pemain menjadikan segalanya tampak sukar buat mereka untuk melakar sesuatu lebih positif.

“Pertama sekali, tahniah diucapkan buat Terengganu, okay kita tahu sebelum perlawanan lagi saya dah beritahu kepada para pemain saya lawan merupakan pasukan yang baik.

“Cumanya Terengganu masih belum jumpa rentak kemenangan. Apapun kredit perlu diberikan kepada pemain saya, walaupun beraksi dengan 10 orang pada separuh masa kedua bukan mudah.

“Secara keseluruhan, saya masih berpuas hati dengan segala yang ditunjukkan oleh para pemain, cuma sedikit kelekaan sahaja.

“Kita sedar bukan mudah terutama sekali 15 minit terakhir itu dengan mereka tampil lebih baik, tapi InsyaAllah kita akan fokus perlawanan seterusnya pula berdepan Kelantan United nanti di Stadium MBPJ,” jelas Azzmi.

Pengendali muda tersebut juga mengakui beraksi dengan 10 pemain merencatkan sedikit corak permainan PDRM, setelah mereka terlebih dahulu sebenarnya mencipta peluang serangan.

“PDRM baru dikumpulkan bersama selama dua bulan lebih sahaja dengan hampir keseluruhan menggandingkan pemain-pemain baharu dengan bajet yang agak kecil.”

“Tetapi kita proses semua ni dengan harapan PDRM akan berkembang menjadi lebih baik dan berharap supaya pengurusan dapat menyokong apa yang kami proses ketika ini.

“Cuma kita kena tahu, beraksi dalam saingan Liga Super ini berbanding musim lalu bermain di Liga Premier bukan sesuatu yang mudah, selepas bertemu dengan lawan yang melabur puluhan juta.

“Pastinya ia agak sukar, tetapi kita kena sedau untuk cuba menggunakan kaedah permainan serangan balas dan tak boleh bermain lebih terbuka.

“Tetapi semua pun boleh lihat, corak permainan kami bukan secara keseluruhan ‘parkinh bus’ dan dengan 10 pemain pun kami masih cuba menyerang untuk mencari sebarang peluang,” tambah Azmi lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN