ANALISIS: Ratio Ketepatan Nota Sepakan Penalti Di Balutan Tangan Shafiq Afifi

Shafiq Afifi nota penalti ratio ketepatan

Penang mara ke pusingan 16 terbaik Piala FA 2023 – tewaskan Kedah Darul Aman 4-3 menerusi sepakan penalti selepas keputusan terikat 2-2.

Ia satu perlawanan yang menarik menemukan dua seteru di Utara tanah air di mana sedang dalam prestasi turun naik sewaktu saingan Liga Super.

Hidup dan mati perjalanan pasukan di pentas Piala FA menjadi taruhan dan kedua-dua pasukan memberikan persembahan perlawanan yang baik.

Minit ke-8, Manuel Ott menggegarkan Stadium Darul Aman dengan gol dari luar kotak penalti selepas Rafael Vitor gagal mengeluarkan bola dengan kemas hantaran yang dilambung Ariff Farhan ke dalam kotak penalti.

Kedah menampilkan permainan yang baik dari segi kawalan bola dan mengawal rentak, tetapi gagal memanfaatkan peluang yang mereka miliki.

Harimau Kumbang juga mempamerkan perubahan permainan selepas tunduk kepada Kelantan di Liga Super dan akhirnya berjaya merapatkan jurang gol menerusi sentuhan penyudah Giovane Gomes pada minit ke-21.

Minit ke-68, Soony Saad mempamerkan sentuhan baik dari sudut sukar untuk menewaskan Kalamullah Al-Hafiz selepas menerima tandukkan Asnan Ahmad hasil hantaran lintang oleh bek sayap, A Namathevan.

Tuan rumah meningkatkan penguasaan selepas ketinggalan. Mereka mengawal hampir segenap padang, tetapi sentuhan penyudah menjadi pemisah. Deretan peluang dicipta oleh jentera tengah, namun tiada gol.

Di saat Penang hampir pasti melangkah ke pusingan kedua, Ott muncul sekali lagi dengan satu rembatan padu di minit ke-90 menewaskan Shafiq dan menggegar gawang untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

30 minit masa tambahan turut dikuasai sepenuhnya Kedah, namun jentera serangan Sang Kenari masih dibelenggu masalah penyudah tumpul.

Sepakan penalti menjadi pilihan terakhir untuk memisahkan dua seteru Utara ini pada akhirnya. Dan Shafiq menjadi wira pasukan pelawat apabila menyelamatkan dua sepakan penalti Kedah yang diambil Lee Tuck dan Bojan Ciger. Rupanya terdapat ‘rahsia’ di tangannya yang membantu.

Menerusi satu perkongsian di alam maya, Shafiq menunjukkan nota di balutan tangannya yang mempamerkan nama pemain-pemain Kedah dan mungkin arah sepakan penalti yang dijangka akan diambil oleh mereka.

Kelihatan nama Ott, Bojan, Jonathan Balotelli dan Manuel Hidalgo di balutan tangannya. Ini adalah rahsianya hingga diangkat menjadi wira pasukan.

Namun, bukan hanya semalam Shafiq menjadi wira pasukan. Sudah dalam beberapa perlawanan, penjaga gol ini jadi punca pasukan lawan buntu.

Untuk tiga aksi Liga Super, beliau telah membuat 11 ‘saves’ dan merupakan dalam kalangan ‘top 5’ di belakang Kevin Mendoza dengan 16 ‘saves’, Sikh Izhan Nazrel (13), Norazlan Razali (12) serta Bryan See Tian Keat (12).

Apa ‘rahsia’ di balutan tangannya? Ini dapat dilihat daripada perkongsian pengulas di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zackhi Ahmad Suri.

Nota penalti Penang
Nota penalti milik Shafiq Afifi. FOTO: Facebook Zachki Ahmad Suri
  • Lee Tuck – kiri bawah
  • Ott – kanan bawah
  • Hidalgo – kanan bawah
  • Balotelli – kiri bawah
  • Bojan – kiri
  • Amirbek Juraboev – kanan

Jadi, berapa peratus atau ratio ketepatan nota sepakan penalti itu? Nota tersebut disediakan oleh jurulatih penjaga gol, Mohd Hisham Jainudin.

Shafiq melepaskan tiga penalti yang diambil oleh Hidalgo, Balotelli dan Amirbek. Daripada nota itu, dua daripadanya tidak tepat dan sepakan Balotelli tepat cuma gagal diselamatkan penjaga gol berusia 23 tahun itu.

  • Hidalgo – kiri bawah (tidak tepat)
  • Balotelli – kiri bawah (tepat)
  • Amirbek – kanan (tidak tepat)

Dua sepakan yang diselamatkannya adalah jangkaan yang tepat oleh nota tersebut dan beliau menjalankan tugas dengan cemerlang menafikannya.

  • Lee Tuck – kiri bawah (tepat)
  • Bojan – kiri (tepat)

Jadi, daripada lima pengambil sepakan daripada Kedah itu, hanya dua tidak tepat dan tiga daripadanya mengikut seperti yang telah tercatat di nota.

Rationya adalah 3/5. Oleh itu, ia adalah satu nota yang sangat baik.

Penjaga gol profesional biasanya akan menghafal data yang dibekalkan oleh OPTA ataupun SAP –  dan apa sahaja aplikasi statistik yang berkaitan.

Satu ketika dahulu Ben Foster menggunakan iPod – untuk membantu beliau ketika penentuan penalti menentang Tottenham Hotspur – dalam final League Cup 2009. Foster telah menyelamatkan 2 penalti ketika itu.

Selain itu, penjaga gol Norwich, Tim Krul juga pernah menggunakan nota yang dilekatkan pada botol airnya dalam penentuan sepakan penalti – juga berdepan Spurs di pusingan kelima Piala FA 2021. Spurs tersingkir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN