UCL: Penalti Kontroversi Kai Havertz Pimpin Chelsea Atasi Borussia Dortmund

Jika sebelum ini pengendali Chelsea iaitu Graham Potter sering menjadi mangsa kritikan ramai kerana prestasi hambar beliau, kini pasti ramai para penyokong mula menganggap dirinya umpama wira.

Apa tidaknya, Potter secara rasminya berjaya membantu Chelsea melakar kejutan mencatat kemenangan 2-1 secara agregat ke atas Borussia Dortmund dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pusingan ke-16 di Stamford Bridge.

https://twitter.com/fcchelseauktv/status/1633228362234888192?s=46&t=R_5_picJCExqrKvxycCegA

Dua jaringan Chelsea masing-masing diledak oleh Raheem Sterling serta gol penalti yang kontroversi daripada Kai Havertz pada separuh masa kedua.

Pada aksi tersebut, pasukan pelawat jelas lebih menguasai permainan dengan siri-siri serangan berbahaya dilancarkan mereka untuk mendapatkan gol awal perlawanan.

Namun Chelsea lebih stabil untuk menyerap asakan dan beberapa siri serangan balas mereka jelas berhasil untuk mendapatkan gol yang dicari.

Salah satu aksi kontroversi semalam pastinya menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Havertz sebanyak dua kali dan mendapat pertikaian besar oleh pasukan lawan.

Penalti tersebut diberikan oleh pengadil, selepas beliau mendakwa bola hantaran Ben Chilwell telah terkena tangan pemain lawan iaitu Marius Wolf.

Pada awal situasi, sepakan penalti pertama Havertz yang sebenarnya sudah pun diselamatkan oleh penjaga gol Dortmund telah dibatalkan pengadil atas beberapa faktor.

Havertz jelas tidak melepaskan peluang tersebut untuk menyempurnakan sepakan kedua bagi meletakkan Chelsea semakin selesa dengan dua gol tanpa berbalas.

Walaupun ada lagi beberapa asakan cuba dibuat oleh pasukan pelawat untuk kembali menyamakan kedudukan, namun pertahanan Chelsea lebih kental untuk bertahan mengelak daripada dibolosi.

Kemenangan tersebut memastikan Chelsea mara ke pusingan seterusnya dan kembali memberi kegembiraan berterusan buat penyokong selepas masih segar dengan kemenangan 1-0 mengatasi Leeds dalam aksi English Premier League (EPL).

Walaupun masih lagi sukar untuk mendapatkan konsisten dalam corak permainan, setidaknya menerusi dua kemenangan berturut-turut berjaya memberi impak positif daripada segi sisi keputusan perlawanan.

Untuk aksi seterusnya, Chelsea bakal berdepan satu lagi lawan yang dianggap tidak konsisten musim ini iaitu Leicester City di King Power Stadium untuk terus memperbaiki kedudukan semasa dalam carta liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN