Negeri Sembilan terpaksa menerima keputusan menyakitkan awal musim ini, selepas mereka tewas dengan jumlah bolos cukup besar dalam saingan Liga Super 2023 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Menerusi kekalahan 0-7 itu, jelas ianya mungkin akan memberi pengalaman cukup pahit buat para pemain serta penyokong Negeri Sembilan, kerana aksi tersebut berlangsung di halaman sendiri.
Johor Darul Ta’zim meraih kemenangan besar di Paroi!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/H75Icd2xUB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 6, 2023
Walaupun ada sesetengah menyedari Negeri Sembilan mungkin akan tewas lebih awal kerana barisan para pemain yang tidak lengkap, namun tiada siapa menduga mereka akan diaibkan dengan sangat teruk oleh pelawat.
Menurut Safuwan Baharudin selaku pemain import baharu Negeri Sembilan, mengakui keputusan tersebut sebagai sesuatu yang amat perit untuk diterima beliau serta keseluruhan warga Negeri Sembilan.
“Ini bukan kali pertama pengalaman saya tewas dengan keputusan besar, tetapi kali kedua ketika bersama Selangor dan menentang pasukan JDT.
“Pada saya ianya amat-amat perit. Bukan sahaja untuk saya, tetapi buat seluruh warga Negeri Sembilan pada aksi ini. Tetapi ini bola sepak, nak atau tidak kita kena terima dan harap keputusan lebih akan datang selepas ini,” jelas Safuwan menerusi Astro Arena.
Pada masa sama, pemain kebangsaan Singapura itu juga menganggap keputusan ini sebagai sesuatu yang positif untuk pasukan dan berharap para pemain dapat kembali bangkit untuk aksi seterusnya.
Safuwan Baharudin 🇸🇬 is making his Negeri Sembilan FC debut tonight.
One of the longest-serving imports in Liga Malaysia, he's played (and scored) in every season since 2012!!
2012-2015: LionsXII
2016-2017: PDRM
2018-2019: Pahang
2020-2022: Selangor
2023: Negeri Sembilan pic.twitter.com/gCLaBZlsNq— Darren Goon (@DarrenGoon) February 26, 2023
“Saya rasa kita perlu anggap ianya sebagai sesuatu yang positif untuk kembali bangkit daripada kekalahan besar seperti ini.
“Apa yang saya harapkan ianya tidak akan menjejaskan fizikal para pemain selepas mengharungi perlawanan ini.
“Secara mental pastinya terjejas, tetapi biar iar berlaku lebih awal kerana saingan liga masih sangat panjang.
“7-0 ni tak semestinya akan menjejaskan keseluruhan perlawanan dalam liga, dan para penyokong juga pastinya nak kami bangkit. Maka jadikannya sebagai sesuatu positif dan kembali bangkit,” tegas Safuwan lagi.
Ketika ditanya jika sudah menyesuaikan diri bersama Negeri Sembilan atau belum, pemain tinggi lampai ini menyatakan bukan beliau seorang sahaja ditandatangani pasukan pada minit-minit akhir.
Oleh sebab itu, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk pemain profesional sepertinya bersedia dengan baik bersama pasukan baharu disertai.
Negeri Sembilan FC tewas 0 – 7 dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim FC di Paroi sebentar tadi.
Beraksi di hadapan 15427 penonton, ini merupakan kekalahan terburuk skuad Jang. pic.twitter.com/EVp88bNLw4
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 6, 2023
Nama Safuwan bukan lagi suatu yang asing dalam arena bola sepak Malaysia, selepas beliau sudah berada di sini sejak tahun 2012 bersama Lions XII, sebelum menyertai Sri Pahang, Selangor, dan kini untuk menjadi ahli keluarga Negeri Sembilan.