Sekilas Liga M3: Melaka Dimalukan Pada Aksi Sulung

Liga M3

Saingan divisyen tiga Malaysia iaitu Liga M3 telah pun bermula dengan kesemua 14 pasukan merebut dua tempat terbaik untuk cuba melayakkan diri ke Liga Super 2024.

Tujuh perlawanan diadakan di serata Malaysia dengan kejutan diterima oleh dua kelab yang mempunyai ‘reputasi’ dalam kancah bola sepak tempatan.

Pasukan bermasalah dari Borneo, Sarawak United memulakan hidup mereka dalam divisyen bawahan negara dengan menentang Harini Selangor.

Harini yang sememangnya dikenali sebagai pasukan berstatus bintang dalam kancah liga bawahan negara tiada masalah menewaskan Sarawak dengan jaringan 3-0.

Bekas pemain Kedah dan kebangsaan, Khyrill Muhymeen mencatat nama selaku penjaring apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-74.

Sebelum itu, Fikri Mohamed dan Pravin turut menjaringkan gol untuk Harini.

Kejutan terbesar pada minggu sulung Liga M3 2023 adalah pasukan ‘terkenal’, Melaka kalah kepada SAINS.

Melaka yang merupakan pasukan kelahiran semula daripada Melaka United, memasang tekad untuk berjaya ke Liga Super 2024 namun langkah sumbang dicatatkan pada aksi pertama di laman sendiri.

Walaupun dibarisi pemain handalan negara seperti Guilherme De Paula, namun mereka tidak mampu untuk mencatatkan kemenangan selepas mendahului menerusi jaringan Farid Khazali.

Jaringan Farid pada minit ke-14 itu kemudiannya dipatahkan dengan mudah menerusi gol Firdaus Azizul pada tiga minit kemudian.

Dua gol SAINS terhasil pada separuh masa kedua dengan jaringan cantik Norzaiful Zaizurin pada minit ke-56 sebelum Rafiq Shah mengesahkan kemenangan berbaki 20 minit perlawanan.

Kelab yang terpalit dengan kontroversi penajaan pada awal musim, Kuala Kangsar BRM juga tumbang ditangan Imigresen di laman sendiri.

Jaringan minit akhir oleh Azim Rahim mengecewakan tuan rumah untuk membolehkan pelawat pulang gembira dengan tiga mata.

Berikut merupakan kedudukan empat lagi perlawanan yang diadakan:

  • Armed Forces 1-1 Perlis United (Fakrul Izwan 8’/Sadam Hashim 13′)
  • Malaysia Universiti 0-3 KL Rovers (Rafie Yaacob 9′, Amirul Ashraf 44′, Afiq Razali 64′)
  • Bukit Tambun 1-0 Naga Ultimate (Rafiuddin 51′)
  • Manjung City 0-0 PIB Shah Alam

Harini terus ke puncak

Selepas merakamkan kemenangan, Harini terus menduduki tangga teratas dengan kelebihan jaringan sambil dihambat oleh KL Rovers dan SAINS.

Sambil bagi Melaka, Sarawak dan Malaysia Universiti kesemuanya menduduki tangga tiga terbawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN