Tatkala ramai menyifatkan situasi padang yang cantik memberi kelebihan serta rasa selesa untuk mana-mana pasukan beraksi, lain pula situasi tersebut untuk Kuala Lumpur City (KL City).
KL City akan melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perlawanan kedua Liga Super 2023 di laman sendiri iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dalam misi untuk meraih tiga mata pertama mereka musim ini.
Preparation done — let’s go! 🔴⚪️#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/4e0KQjRo2B
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 28, 2023
Melihat kepada situasi padang yang teruk ketika ini di laman sendiri, KL City bakal mendapat kelebihan yang baik buat mereka dalam perlawanan tersebut untuk menghadapi cabaran JDT.
Situasi padang di stadium tersebut tidak berada dalam keadaan terbaik, selepas mereka baharu sahaja melayan kunjungan Penang pada beberapa hari lalu dalam aksi Liga Super.
Ini kerana JDT merupakan salah satu pasukan yang bermain dengan corak hantaran pendek dan memerlukan padang berkualiti untuk menggerakkan taktikal mereka dalam permainan.
Menerusi situasi ketika ini, Bojan Hodak selaku pengendali KL City melihat ianya merupakan sesuatu menarik untuk diperhatikan bagaimana pasukan lawan mampu menangani masalah itu.
“Ini akan menjadi satu aksi yang menarik. Padang yang teruk akan memberi masalah kepada mereka (JDT) untuk bermain. Anda lihat bagaimana bola melantun?
“Ini satu keadaan yang teruk tetapi mereka boleh sewa padang dan semua orang boleh bermain. Kita bercakap mengenai profesionalisme tetapi kita tidak boleh membuat hantaran (dalam perlawanan).
“Ada satu situasi di mana bola berada di hadapan penjaga gol dan ketika penjaga gol mahu bergerak, bola melantun. Menarik,” kata pengendali skuad Warga Kota, Bojan Hodak menerusi Berita Harian.
Untuk rekod perlawanan, KL City terpaksa berputih mata untuk meraih tiga mata pertama mereka, selepas pasukan tersebut sekadar terikat seri ketika bertemu Penang.
Only taking the positives from last night! #KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/MVxz3d07Lr
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 26, 2023
Walaupun sudah mendahului 2-0 pada awal permainan, mereka gagal untuk mempertahankannya setelah pelawat mencipta kebangkitan untuk mengikat keputusan seri.
JDT pula berada dalam momentum terbaik mereka setelah pasukan tersebut cemerlang menewaskan Terengganu sebelum itu menerusi keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Dua jaringan yang terhasil menerusi Juan Muniz dan Bergson da Silva cukup untuk membuatkan pasukan tersebut meraih tiga mata sulung serta merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih 2023.