Liga Super: Sama Tumpul, PDRM & Perak Masih Kempunan 3 Mata

PDRM dan Perak terus kempunan untuk meraih tiga mata pertama mereka dalam aksi Liga Super 2023, setelah masing-masing sekadar terikat seri tanpa jaringan.

Walaupun masing-masing ada mencipta banyak peluang menarik untuk mendapatkan gol, nyata PDRM dan Perak gagal untuk memanfaatkan setiap peluang terhidang depan gol.

Selepas lima minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan dilihat seimbang dalam menguasai perlawanan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang tanpa sebarang percubaan berbahaya.

Baik PDRM atau Perak, kedua pasukan masing-masing mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam permainan dengan instensiti permainan yang perlahan dipamerkan.

Selepas sembilan minit perlawanan berlangsung, penyerang import Perak iaitu Seo Seonung hampir membuka jaringan awal buat pelawat selepas ada percubaan dilepaskan beliau sebelum ditepis keluar penjaga gol PDRM.

Tidak lama kemudian, giliran Bruno Suzuki pula tiba untuk cuba menguji penjaga gol Perak, tetapi percubaan beliau sedikit tersasar keluar dari arah gawang gol pada minit ke-12.

Bruno sekali lagi mendapat peluang untuk meledak gol sulung buat PDRM, tetapi kali ini giliran pertahanan Perak iaitu Raja Imran Shah pula tampil untuk menghalang percubaan tersebut.

Secara keseluruhan, PDRM mempunyai kualiti yang baik menerusi posisi serangan mereka untuk cuba mendapatkan gol, cuma mereka masih lagi dihantui isu ketajaman di hadapan gawang dengan beberapa percubaan berjaya dinafikan.

Penyerang utama PDRM iaitu Bruno Suzuki sekali lagi tampil mengecewakan daripada segi penyudah, selepas percubaan beliau pada minit ke-43 terkena tiang walaupun sudah mempunyai ruang terbuka.

Perak juga tampil dengan saat-saat mengecewakan mereka pada penghujung separuh masa pertama, dengan beberapa peluang terbuka dilepaskan begitu sahaja untuk menyaksikan kedua pasukan terikat tanpa gol sehingga wisel dibunyikan.

Bersambung di separuh masa kedua, intensiti permainan ditingkatkan oleh kedua pasukan dengan masing-masing bernafsu untuk mendapatkan gol pertama perlawanan.

Memasuki 70 minit permainan, masing-masing sebenarnya berpeluang mencipta jaringan pertama perlawanan, namun segalanya tampak serba tidak menjadi ketika sentuhan terakhir dibuat kedua pasukan.

Keputusan perlawanan tamat dengan kedua pasukan kekal tidak dapat mencipta sebarang gol untuk masing-masing sekadar terikat seri 0-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kesebelasan utama

PDRM: Mohamad Ramdhan Ab Hamid (Penjaga Gol), Muhammad Aliff Najmi Shaaini, Muhamad Norfiqrie Abdul Talib, Muhammad Alifh Aiman Mohamad Rosman, Suzuki Casthaneira Bruno Junichi, Macauley Marcus Pape, Dzulfahmi Abdul Hadi, Amir Saiful Badeli, Okwuosa James Onyekachukwu, Mohd Safiee Ahmad (Kapten), Fadi Mahmoud Awad Saleh

Perak: Tian Keat See (Penjaga Gol), Muhammad Hafizal Muhamad @ Alias (Kapten), Raja Imran Shah Raja Amin, Muhammad Hadi Fayyadh Abd Razak, Shivan Pillay Asokan, Muhammad Fadhil Idris, Muhammad Fahmi Daniel Muhd Zaim, Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar, Muhammad Aris Mohd Asri, Seo Seonung, Mohamad Ikwan Hafizo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN