Erik ten Hag menghalang anak-anak buahnya dari memakai sut tajaan untuk aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup bertemu Newcastle United di Wembley Stadium awal pagi semalam.
Manchester United akhirnya berjaya memenangi Piala pertama mereka sejak tahun 2017 lalu selepas kejayaan mereka menewaskan Newcastle United 2-0 untuk membawa pulang gelaran Carabao Cup.
Casemiro membuka tirai jaringan untuk skuad Manchester United pada minit ke-33 dalam perlawanan tersebut, sebelum Marcus Rashford menggandakan kedudukan enam minit kemudian.
Erik ten Hag banned United players from wearing sponsored suits for Carabao Cup final. pic.twitter.com/4Mp528lGb5
— SPORTbible (@sportbible) February 27, 2023
United kemudiannya berjaya mengawal tempo permainan dengan sangat sempurna seterusnya mengekalkan keputusan 2-0 hingga tamat perlawanan.
Kejayaan skuad Red Devils itu secara tak langsung memberi tanda-tanda positif untuk permulaan era Ten Hag di bumi Old Trafford.
Pengurus dari Belanda itu berjaya menghidupkan semula skuad Red Devils yang sudah lama menyepi itu dengan impaknya yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Beliau mula menunjukkan hal tersebut ketika beliau menekankan aspek disiplin anak-anak buahnya ketika awal ketibaan beliau di bumi Old Trafford.
Ten Hag turut mendapat penghargaan dari pelbagai pihak selepas beliau dilihat berlari bersama anak-anak buahnya selepas tamat aksi kekalahan 4-0 mereka di tangan Brentford.
👔 Erik ten Hag blocked his Manchester United squad from wearing their club-sponsored suits ahead of their Carabao Cup win at Wembleyhttps://t.co/n3JcYZbIC4
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 27, 2023
Bekas pengurus Ajax itu juga turut dianggap membawa aura Ferguson ke Kem Man United selepas beliau dilihat menggunakan pendekatan tegas terhadap skuadnya.
Ten Hag halang anak-anak buahnya dari memakai sut sebelum aksi bertemu Newcastle United
Para pemain dari skuad Manchester United tidak dibenarkan untuk memakai sut yang ditaja oleh Paul Smith menjelang aksi pertemuan bertemu Newcastle United malam semalam.
Mengikut tradisi perlawanan akhir yang melibatkan piala, para pemain kebiasaannya akan memakai sut untuk ke stadium sebelum sepak mula perlawanan.
Erik ten Hag's reasoning behind Man United ditching Carabao Cup final suits revealed 👀#MUFChttps://t.co/7Kh0FRHe32
— talkSPORT (@talkSPORT) February 27, 2023
Pereka pakaian terkenal British telah menaja skuad Manchester United dan jelas sekali ramai menyangka para pemain akan memakai sut tersebut ketika mereka tiba di Wembley.
Walau bagaimanapun, pengurus pasukan, Erik ten Hag tidak membenarkan hal tersebut kerana pengurus berusia 52 tahun itu merasakan sut itu bakal mengganggu jadual skuadnya.
Ten Hag merasakan sut tersebut akan menyebabkan para pemainnya hilang 10 minit untuk bersiap memakai pakaian sukan bagi aksi pemanas badan terakhir sebelum sepak mula perlawanan.
Ten Hag menggesa pimpinan kelab untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminta mereka membenarkan para pemain supaya tidak memakai sut untuk ke stadium sebelum sepak mula perlawanan.
Man Utd ditched Carabao Cup final suits at last minute under Erik ten Hag's orders https://t.co/ZchjoRkeJo
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) February 27, 2023
Pihak kelab menerima alasan Ten Hag dengan mereka kemudiannya meminta para pemain untuk memakai pakaian sukan sahaja ke Wembley bagi tidak membuang masa seperti yang dibimbangkan oleh pengurus kelab itu.
Selepas kejayaan beliau membantu Man United untuk menjulang gelaran pertamanya di Old Trafford, Ten Hag dilihat memeluk legenda kelab, Sir Alex Ferguson dan sangat terdesak mahu membina legasi sehebat bekas pengurus kelab itu.
Ketika sesi sidang media, Ten Hag menjelaskan bahawa:
“Saya memang mencintai Man United. Ketika saya lihat jersi kita, ketika saya lihat hubungan dengan pemain, ketika saya lihat Old Trafford, ketika saya lihat legasi Sir Alex berlalu, sungguh ramai pemain, pemain besar yang berkembang dalam skuad United, ia beri semangat dan kami mahu lakukan hal yang sama.”
You can’t just go past this picture without liking it.
📸 – PHOTO OF THE DAY!❤️🥺 pic.twitter.com/xwQWtzT5Lr
— 𝗧𝗲𝗻 𝗛𝗮𝗴’𝘀 𝗥𝗲𝗱𝘀 ✍🏼🇳🇱 (@TenHagBall_) February 26, 2023
“Skuad ini mahu mencipta sejarah yang tersendiri dan legasi tersendiri. Ketika kesempatan datang, ini adalah kelab yang tepat untuk saya, saya mahu jadi sebahagian darinya.”