Legenda bola sepak, Ronaldinho bakal membuat kemunculan dalam saingan Kings League selepas penganjur kejohanan tersebut membuat pengumuman mengejutkan baru-baru ini.
Bekas bintang Brazil itu bakal menyertai pertandingan liga bola sepak yang dimiliki oleh legenda bola sepak Barcelona, Gerard Pique.
Idea asal penganjuran liga tujuh sebelah itu telah dicetuskan oleh Gerard Pique bersama streamer Twitch, IIbai Llanos dengan pertandingan tersebut kini sepertinya semakin mendapat perhatian peminat.
Ronaldinho will play in Gerard Pique's 'Kings League' 😍 pic.twitter.com/sWF8R9XzH2
— SPORTbible (@sportbible) February 24, 2023
Terdapat beberapa legenda bola sepak yang sudah menyertai pertandingan tersebut seperti Iker Casillas, Javier Hernandez dan Joan Capdevila.
Bekas bintang Real Madrid yang kini merupakan pemain berstatus free agent, Isco turut pernah ditawarkan untuk beraksi di kejohanan yang dianjurkan di Cupra Arena di Barcelona itu.
Isco walau bagaimanapun menolak untuk menyertai pertandingan tersebut dan masih berusaha untuk meneruskan karier bola sepaknya.
Ronaldinho sementara itu dilaporkan sah akan kembali dari persaraan beliau untuk beraksi bersama Porcinos FC dalam saingan Kings League.
Laman rasmi Kings League memuat naik video pendek di laman media sosial milik mereka yang mana dalam video tersebut menunjukkan Pique dan Llanos sedang berunding bersama.
https://twitter.com/MPadremanyFont/status/1628894467787743234?s=20
Kedua-dua mereka dilihat duduk di cafe sambil berbincang mahu mendapatkan seorang lagi pemain baru.
Rundingan mereka seolah-olah menemui jalan buntu dengan Pique kemudiannya memberitahu rakan kongsinya itu supaya cari sahaja sesiapa sekalipun untuk menyertai Kings League.
Llanos kemudiannya menyatakan:
“Macam mana dengan dia ni?”
Kedua-dua mereka kemudiannya berpaling secara serentak dan jelas sekali mereka sedang memandang bekas pemenang anugerah Ballon d’Or tahun 2005, Ronaldinho.
Ronaldinho ketika itu dilihat melakukan keraian klasik beliau dan secara tak langsung ia adalah pengumuman rasmi yang legenda Brazil itu bakal beraksi dalam saingan Kings League.
¡LO QUIERO VER YA EN LA CANCHA! 🤩
El detrás de escena de la presentación de Ronaldinho en el Porcinos FC en la Kings League.
📹 @kingsleague pic.twitter.com/WXEMvU7A9W
— TNT Sports Argentina (@TNTSportsAR) February 24, 2023
Setiap pasukan dalam saingan Kings League dibenarkan untuk mempunyai 12 pemain setiap minggu dan rata-rata pemain yang bermain adalah bekas-bekas bintang dan pemain yang masih aktif.
Baru-baru ini anak kepada Ronaldinho, Joao Mendes sah menandatangani kontrak bersama Barcelona dan kini giliran beliau sendiri pula untuk turut kembali ke Catalonia untuk bermain bola sepak.
Ronaldinho dijangka akan melakukan debutnya bersama Porcinos pada 26 Februari nanti bertemu Pio FC.
Namun begitu, masih tidak jelas sebenarnya sama ada Ronaldinho akan bermain secara tetap atau beliau hanya akan membuat satu kemunculan sahaja di pertandingan tersebut.
Ikon bola sepak Brazil itu menggantung bootsnya pada 2018 lalu, namun beliau sebenarnya masih aktif bermain dalam perlawanan-perlawanan amal.
😮💨🤌 Los fichajes de Ibai en la Kings League
🇲🇽 Chicharito
🇻🇪 Gabriel Cichero
🇧🇷 Ronaldinho pic.twitter.com/4oEUPyyEnK— Futbol Picante (@futpicante) February 24, 2023
Bercakap tentang berita beliau mahu beraksi dalam saingan Kings League, Ronaldinho menyatakan bahawa:
“Saya hanya mahu bergembira dan menikmati.”