Ini Sebab Jordi Amat Mahu Adisak Kraisorn Sentiasa ‘Dirantai’ Pertahanan JDT

Sebelum kejohanan Piala Sumbangsih bermula malam ini, kedua pasukan yang terlibat iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu dilihat sudah pun membuat persiapan sangat rapi sejak awal pramusim berlangsung.

Menerusi rekod pertemuan musim lalu, segalanya berpihak kepada JDT dan ianya pasti mahu dipertahankan mereka selaku tuan rumah selepas kejohanan itu berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Salah seorang pertahanan import JDT iaitu Jordi Amat pastinya akan menjadi tumpuan pada perlawanan malam ini, setelah beliau tampil konsisten bersama kelab tersebut pada tahun lalu.

Jordi yang mempunyai pengalaman luas sebelum itu di Eropah dilihat sebagai suatu nilai tambah yang besar buat JDT untuk terus mengukuhkan posisi tersebut musim ini.

Malah, aksinya bersama Indonesia pada saingan Piala AFF lalu juga dilihat sangat baik selepas beliau tampil cemerlang untuk mematikan banyak ancaman lawan di posisi pertahanan.

Untuk aksi malam ini, Jordi pastinya tidak rela pasukan diwakilinya tewas dan mempunyai misi tersendiri untuk memastikan JDT kekal merangkul kejuaraan tersebut di laman sendiri.

Menurut Jordi, penyerang baharu Terengganu iaitu Adisak Kraisorn antara perlu diberi perhatian penting oleh beliau serta rakan sepasukan lain pada perlawanan tersebut.

Jelas pertahanan Indonesia itu, Adisak disifatkan sebagai seseorang yang sangat licik  serta memiliki kemahiran individu tinggi selaku seorang penyerang.

Perkara itu ditekankan oleh Jordi setelah beliau merasainya sendiri ketika perlawanan Piala AFF lalu bersama Indonesia dengan Adisak menjadi antara lawannya sewaktu berdepan Thailand.

“Saya juga mengkaji corak permainan Adisak berkali-kali menerusi rakaman video dan dia pemain yang bagus, jadi dia tidak boleh biarkan bergerak bebas kerana mampu menjadi duri dalam daging buat JDT,” kata Jordi menerusi Berita Harian.

Adisak merupakan salah satu pemain import baharu Terengganu pada musim yang beraksi di posisi penyerang bersama rakan beliau dari Croatia iaitu Ivan Mamut.

Menerusi rekod beliau yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Thailand, pastinya kehadiran Adisak ditagih oleh para penyokong Terengganu untuk membuktikan sesuatu pada malam ini.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN