Pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah pun meluahkan rasa kecewa beliau mengenai situasi dirinya bersama pasukan kini.
Menurut Zamsaham, beliau jelas kecewa dengan reaksi segelintir penyokong Kelantan yang masih lagi mempertikaikan usahanya untuk membangunkan Kelantan.
Malah, ada penyokong yang dilihat tidak sabar dengan pembangunan yang dibuat oleh Zamsaham kini bersama Kelantan dan menyifatkan ianya perlahan dan tidak berkembang.
“Apa Tu Semangat?” – Zamsaham Dedah Lalui Pengalaman Ngeri Bersama Kelantan 2 Tahun Lepashttps://t.co/cU6H48F2SX
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 23, 2022
Perkara ini jelas mengecewakan pemilik kelab tersebut, dan Zamsaham terpaksa menerangkan situasi sebenar yang berlaku untuk memberi pemahaman kepada mereka mempertikaikannya.
“Hanya orang gila sahaja berani ambik pasukan Kelantan pada ketika kelab tersebut hampir pasti tiada di Liga Malaysia (Liga M). Bukan sahaja hutang, tetapi masalah transfer ban FIFA yang membebankan.
“Kelantan hampir pasti akan bankrup. Anda tahu hal ini. Hampir pasti takda penyelamat sehinggalah saya tawarkan diri,” jelas Zamsaham di Facebook.
Selain itu, beliau juga menjelaskan beberapa permintaan penyokong sebelum itu yang tak dapat Zamsaham penuhi dan menyatakan sebab-sebab sebenar.
Antara permintaan penyokong ialah meminta Zamsaham mendapatkan stadium sendiri milik kelab serta menurunkan harga tiket kepada RM10 untuk seorang.
Cepat Atau Lambat, Zamsaham Tetap Mahu Bina Pusat Latihan Untuk Kelantanhttps://t.co/l5xZZ5W0O8
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 16, 2023
“Saya tahu saya tak dapat penuhi permintaan semua fans. Nak stadium, saya dah jawab kenapa tak perlu ada stadium.
“Tiru Inter Milan, tak perlu malu sewa stadium. Kalau malu takda padang latihan sendiri itu betul. Tetapi jangan risau, plan layout semua costing dah siap tinggal tanah sahaja. Lambat laun InsyaAllah saya akan bina. Doakan ya. Cita-cita saya je la.
“Ada yang minta harga tiket RM10, tetapi saya kira tu harga 10 tahun lepas. Saya buat sistem baharu siapa nak murah kena beli tiket awal dan semakin naik bila nak dekat perlawanan.
“Ini adil. Siapa beli awal tentu dapat murah. Kalau bayar RM25 siap dapat Zamburger. OKU masuk free. Budak umur 10 tahun masuk free,” tambah beliau.
Selain itu beberapa luahan lain juga turut dibuat Zamsaham, terutama sekali ketika susah payah beliau untuk menangani kewangan kelab pada awal pembabitan bersama Kelantan.
Apa perlu dibuat oleh penyokong Kelantan ialah anda perlu bersabar dengan pembangunan kelab dan menjadi lebih realistik tentang keadaan semasa.
Zamsaham dilihat berjaya mengubah kembali segalanya dengan lebih baik untuk pastikan Kelantan mampu mencapai tahap gemilang pada masa akan datang dalam arena bola sepak tenpatan.
Cuma ketika ini, segalanya memerlukan masa serta kesabaran dan para penyokong perlu terus memberi galakan untuk Zamsaham supaya beliau terus memacu Kelantan ke arah lebih baik.