Kedah Darul Aman (Kedah) kini dilihat sudah pun bersedia untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal bermula tidak lama lagi menerusi persiapan-persiapan dilihat segalanya berjalan dengan lancar.
Bawah kendalian Nafuzi Zain pada musim ini, setiap pemain mula mempamerkan sesuatu yang sangat positif sepanjang aksi pramusim berlangsung.
SANG KENARI BACK TO BUSINESS
Selepas pulang dari Antalya, Turkiye, petang tadi merupakan latihan persiapan aksi pembukaan Liga Super pada 25 Februari ini menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh.
5 hari lagi menjelang aksi sepakmula musim 2023! pic.twitter.com/TaR5kaFePP
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 19, 2023
Salah satu pemain yang dilihat mahu kembali mencipta kebangkitan baharu pada musim ini ialah penyerang muda negara berpotensi, Aiman Afif.
Aiman yang pernah suatu ketika menggegarkan bola sepak negara bersama skuad pembangunan dilihat agak hambar prestasinya sejak beberapa musim ini untuk Kedah.
Disebabkan itu, beliau pastinya mahu mencipta kembali siri kebangkitan seiring dengan perubahan baharu yang dibuat Kedah pada musim ini.
Menurut Aiman, beliau memasang impian supaya musim ini menjadi sesuatu yang baik buat dirinya untuk menaikkan lagi mutu permainan beliau dalam segala aksi disertai.
Menerusi segala persiapan yang dibuat, Aiman mengakui beliau ketika ini menjadi salah seorang penain paling teruja dan tidak sabar bagi memulakan aksi.
“Di bawah kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain pada musim ini melihatkan kelainan dan semangat yang cukup tinggi dipamerkan dikalangan semua pemain.
“Saya mahu pastikan setiap ruang dan peluang yang diberikan kepada saya pada musim ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi membantu pasukan untuk lebih berjaya berbanding musim lalu.
“Saya sentiasa percaya dengan kesungguhan rakan sepasukan yang sedang bekerja keras memantapkan pasukan pada masa ini,” katanya menerusi Harian Metro.
Jaringan ketujuh Aiman Afif dalam saingan Kelayakan AFC B-19 2020. Prestasi "ubi Kedah" cukup cemerlang pada hari ini.
Keputusan penuh: Malaysia 10-0 Northern Mariana Island #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/mZWZ1fzBUg
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Pada masa sama, Aiman mengakui persefahaman antara sesama rakan sepasukan semakin meningkat ketika ini di atas padang selepas aksi pramusim dihadapi mereka.
Tambahan pula, segalanya mula tampil dengan semakin baik selepas Aiman bersama rakan sepasukan lain mendapat pengalaman berguna sepanjang aksi mereka di Turkiye untuk bertemu kelab-kelab lawan berkualiti.
“Saya dapat rasakan keserasian yang dilalui pasukan terus meningkat dan kami begitu bersemangat,” katanya pada akhir sekali.
Musim ini menyaksikan Aiman menjadi antara penyerang tempatan yang didaftarkan Kedah bersama barisan import seperti Jonathan Balotelli dan Willian Lira.
💯📄🖋️ Mohd Aiman Afif bin Md Afizul | KDA FC 2022
@mdaimanafif
ℹ Biodata Pemain #19
Nama: Mohd Aiman Afif bin Md Afizul
Umur: 20 tahun
Asal: Jitra, Kedah
Ketinggian: 178cm
Posisi: Pemain Tengah#stilltogether#KDAFC #DemiHijauKuning #PulunKedahPulun pic.twitter.com/al3PDhDrRT— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 2, 2021
Pastinya cabaran besar buat diri beliau untuk cuba merebut tempat serta mendapatkan minit permainan secukupnya bersama Kedah musim ini.